in

Mampu Kurangkan Kemalangan & Kematian, Brek ABS Bakal Diwajibkan Pada Motosikal 150cc Ke Atas?

We Ka Siong Motorsikal Wajib Pasang Abs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan bakal mewajibkan kesemua motosikal model baharu 150cc ke atas mempunyai sistem brek antikunci atau ‘anti-lock braking system’ (ABS).

Sama seperti sistem pada kereta, ABS pada motosikal akan berfungsi untuk menghalang roda daripada terkunci dan menggelincir sekiranya motosikal dibrek secara mengejut dalam situasi kecemasan.


Secara tak langsung, sistem ini akan membolehkan penunggang untuk mengawal dan mengekalkan kestabilan sekiranya berlaku situasi yang memerlukan mereka berhenti secara tiba-tiba.

Ninja 300 Braking 1

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, langkah penguatkuasaan mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci berkenaan adalah kepada semua pengeluar motosikal.

Namun, perkara tersebut hanya akan dilaksanakan setelah menerima laporan atas kajian terperinci yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Tambahnya, Miros diberikan tempoh enam bulan bagi menjalankan kajian terperinci tersebut sebelum tindakan penguatkuasaan penuh dilaksanakan dalam jangka masa dua tahun selepas kajian selesai.

71615172628 Menteripengangkutan

Menurutnya, selain wakil pengguna, kajian yang bakal dijalankan tersebut akan melibatkan semua pemegang taruh termasuk industri pembuat motosikal.

Setakat ini, kajian Miros terhadap teknologi ABS ini mendapati sekurang-kurangnya 30 peratus kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal dapat dikurangkan.

“Kita akan lihat keberkesanan apabila dipasang pada penunggang motosikal lebih 150cc seterusnya kita akan melihat ke bawah, macam mana”

Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, teknologi ABS difahamkan mampu membantu dan menghalang motosikal daripada tergelincir, terbabas dan gagal mengelak ketika ditunggang.

Hal ini perlu dipandang serius kerana dua per tiga dari jumlah kemalangan maut tahun 2020 melibatkan penunggang motosikal dan menurut menteri, perkara tersebut tidak akan dibuat secara tergesa-gesa untuk mengelakkan pihak pengeluar terasa terbeban.

Baca : Pakar Cadang Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Tak Boleh Jadi Pembonceng Motosikal Demi Keselamatan

Cover 5

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.