in

Pakar Cadang Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Tak Boleh Jadi Pembonceng Motosikal Demi Keselamatan

Cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, pembonceng kanak-kanak tanpa topi keledar atau membonceng sambil mendukung bayi sudah menjadi amalan biasa yang diamalkan oleh pengguna jalan raya.


Meskipun dilihat seperti normal dalam kalangan masyarakat, data yang disimpan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai korban nahas jalan raya paling ramai sejak beberapa tahun lalu.

Menurut data yang direkodkan sejak 20 tahun lalu, penunggang dan pembonceng motosikal mewakili 60 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya, dengan 45 peratus melibatkan mangsa berusia 16 hingga 30 tahun.

Kj
Gambar sekadar hiasan

Seorang pakar keselamatan jalan raya, Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, penetapan umur minimum untuk pembonceng kanak-kanak perlu ditetapkan demi keselamatan.

Jelas beliau, kanak-kanak di bawah lima tahun tidak sepatutnya menjadi pembonceng kerana mereka masih belum boleh menstabilkan tubuh ketika duduk di atas motosikal. Tambahan lagi, kaki mereka juga tidak sampai ke pemijak.

Terang beliau, beberapa buah negara barat bukan sahaja menetapkan had umur minimum, malah kriteria lain seperti saiz tubuh termasuk ketinggian kanak-kanak juga menjadi kayu ukur.

Difahamkan, cadangan pelaksaan undang-undang ini masih dalam perbincangan. Namun, masih tiada lagi kata putus mengenai saranan ini.

Adakah pelaksaan ini bagus, atau hanya akan membebankan golongan B40?

Kredit: BERNAMA

BACA: Mengidam Punya Pasal, Wanita Datang Ke Balai Polis Dan Minta Izin Bonceng Motosikal Polis

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.