in

Asyraf Wajdi Minta Wee Ka Siong Undur Diri, Dakwa MCA Gagal Tawan Hati Pengundi Cina

Ioytewsqa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah empat hari berlalu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan Sabtu lalu dan sehingga kini, jawapan kepada siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 masih lagi tergantung.


Asyraf Wajdi minta Wee Ka Siong undur diri

Pelbagai dakwaan dan kisah politik telah berlaku dalam masa terdekat ini. Seperti baru-baru ini, Ketua pemuda gerakan UMNO, Asyraf Wajdi telah meminta Presiden MCA, Wee Ka Siong untuk mengundur diri susulan kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini.

15Asyraf14 1531567444

Menurut FMT, Asyraf mengatakan bahawa MCA telah bertanding 44 kerusi dan dilaporkan hanya dua kerusi sahaja yang menang dan kedua-dua kerusi tersebut adalah di kawasan majoriti Melayu.

Dia juga meminta Wee bertanggungjawab atas kekalahan tersebut dan meminta presiden yang baru untuk mengemudi parti MCA itu.

“Dia sepatutnya letak jawatan sebab dia bertanding 44 kerusi tetapi hanya menang dua, itu pun di kawasan majoriti Melayu.”

“Maksudnya, dia gagal menawan hati pengundi Cina dan perlu bertanggungjawab atas perkara ini.”

Terdahulu, Setiausaha MCA, Chong Sin Woon telah mengatakan bahawa Zahid Hamidi bertindak ‘luar kawalan’ apabila beliau menghantar surat kepada Raja mengenai 30 ahli Parlimen BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Screenshot 2022 11 24 At 10.24.55 Am

Chong juga mendedahkan bahawa perjumpaan BN malam semalam memperlihatkan sebuah kertas kerja untuk ahli Parlimen Rembau, Mohamad Hasan menggantikan Zahid sebagai presiden BN.

Presiden Umno, Zahid Hamidi digesa meletakkan jawatan disebabkan prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum, di mana Barisan Nasional hanya memenangi 30 kerusi. Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi manakala Perikatan Nasional memenangi 73 kerusi.

Harap perkara ini dibincang dengan baik supaya tidak ada pertelingkahan dalam parti…

Baca: [VIDEO] Tengok Calon PRU MCA Ni Kena Troll Kaw-kaw Dengan Wanita di Pasar. Kesian!

Screenshot 2022 11 24 At 10.19.57 Am

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.