Rancangan program realiti Pencarian Hero Remaja 2020 menampilkan 12 peserta lelaki untuk mencari bakat anak muda dalam bidang seni sekaligus menjadi platform untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan menjadi influencer yang memberikan inspirasi dan membawa aura positif dalam kalangan remaja.
Namun, baru-baru ini viral di Twitter mengenai salah satu peserta Hero Remaja memberi respon agak kurang senang kepada salah satu tweet daripada netizen yang meluahkan pendapat berhubung dengan keadaan anak muda yang mencari pekerjaan.
Dalam tweet tersebut dia memberi respon sampai menimbulkan kecaman daripada warganet.
Bagi finalis hero remaja ini, dia memberi respon terhadap tweet berkenaan (dipercayai tweet tu telah dipadam) dengan mengatakan kenalah cari pengalaman kerja before nak cari kerja di company luar.
Pelbagai reaksi dan kecaman daripada warganet dan meluahkan rasa tak puas hati dengan statement yang dia buat.
Takde pengalaman takpe janji nak belajar betul-betul
Dia tak sedar ke dia pun takde pengalaman
Mamat ni memang suka perasan bagus
Ni ke standard pemikiran hero remaja
Namun, pada masa yang sama sampai ada yang membuat face shaming terhadap finalis Hero Remaja itu.
Kalau nak bagi pendapat pun, tak perlu kot sampai nak pertikai rupa paras someone tu.
Nama finalis Hero Remaja ini menjadi bualan hangat warganet sehingga menjadi trending di Twitter.
Korang setuju tak dengan pendapat dia ni ?