in

“Dia mengandungkan saya” – Wanita ‘Spill Tea’ Pasal Pelakon Muka Jambu, Ramai Dah Jadi ‘Mangsa’?

Pelakon Lelaki Hamilkan Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial TikTok baru-baru ini, seorang pelakon yang kian meningkat naik namanya dikatakan telah ‘terlanjur’ dan mengandungkan seorang wanita.


Dakwaan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang memberitahu dia merupakan mangsa pelakon yang berusia 23 tahun itu, difahamkan pelakon tersebut cuba untuk ‘lari’ dari tanggungjawab selepas wanita itu memberitahu keadaannya.

Artikel berkaitan: “Sebenarnya tak benar” –  Wanita Dakwa Hamilkan Anak Artis Mohon Maaf, Mahu ‘Delete’ Akaun TikTok

Artikel berkaitan: Mengandungkan Isteri Orang, Lelaki 26 Tahun Kena Bayar Ganti Rugi RM30K

Cats 24

Ada juga beberapa netizen yang mempertikaikan kenyataan wanita itu, terutamanya peminat pelakon tersebut.

Namun, dalam beberapa siri video dalam akaun itu, wanita tersebut berkongsi bukti-bukti yang menunjukkan dia pernah bersemuka dengan pelakon itu malah ada juga video yang memaparkan pelakon itu sedang memasukkan begnya di dalam kereta.

“Kalau aku nak famous dengan cara ni, aku akan tak kan dapat apa-apa” 

Wanita tersebut membidas segala komen dari netizen yang mengatakan dia sengaja mereka cerita, tidak cukup dengan itu, dia juga expose beberapa wanita lain yang juga menjadi mangsa pelakon muda tersebut.

1 Horz

Ada juga video yang mengatakan kekasih terkini pelakon itu bertindak ‘gila’ dan merumitkan keadaan sehingga pelakon itu tidak ingin bertanggungjawab.

Aduh, berat tuduhan ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.