in

“Kalau tak dapat, saya reda” – Adik Syafiq Kyle Cuba Nasib Lagi, Hadir Uji Bakat Hero Remaja Kali Kedua!

Acik Capik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum akan penglibatan adik kepada pelakon Syafiq Kyle, Syazwan Razak yang menyertai sesi ujibakat Hero Remaja 2020 baru-baru ni.


Berimpian ingin menceburi industri hiburan seperti abangnya, nasib nampaknya tak menyebelahi Syazwan apabila dia gagal dalam ‘Stage 2’ sesi ujibakat tersebut.

Whatsapp Image 2019 12 22 At 2.46.23 Pm 1
sumber: remaja

Meskipun Syazwan mendapat pelbagai cemuhan, nampaknya perkara ni tak mematahkan semangatnya untuk menyertai sesi ujibakat buat kali yang kedua bagi program tersebut selepas gagal 2 minggu lepas. Waaaah! 

 

“Kalau tak dapat pun, saya reda dan saya rasa rezeki saya bukan di sini” 

Menerusi perkongsian di Instagram Remaja, Syazwan berkata yang dia tidak menjadikan ejekan fizikal di media sosial satu kelemahan, malah ia adalah pembakar semangat untuknya mencuba sesi ujibakat buat kali kedua.

“Kalau betul rezeki saya, saya nak cuba, harapan saya pastinya nak lepas masuk pertandingan ini. 

“Kalau tak dapat pun, saya reda dan saya rasa rezeki saya bukan di sini, tetapi di luar,” katanya menerusi video tersebut.

Tambahnya lagi, orang-orang yang mengutuknya boleh dianggap sebagai tak ada kerja dan kalau ingin mengutuk lebih baik cermin diri sendiri dulu sama ada sempurna atau tak. Barulah boleh mengutuk. Agitew katanya… 

https://www.instagram.com/p/B6pC-cjFQUS/

Untuk makluman, sesi ujibakat telah bermula sejak 21 dan 22 Disember lepas dan telah melayakkan lebih 20 orang peserta. Pencarian ini masih diteruskan hingga semalam.

Apa-apapun kita wish all the best jelah kepada Syazwan. Kalau ada rezeki, mana tahu dia berjaya macam abangnya jugakkan? 

Baca: “Sumpah aku macam wtf do” – Bengang Dibandingkan Abang, Perkongsian Mengadu Adik Syafiq Kyle Ini Dikecam Sebab Tak Lepas Audition Hero Remaja

Capik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.