in

“Mama lagi ngapain?” – [VIDEO] Budak Tekap Telinga Pada Kubur Emak Buat Netizen Sebak

Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua orang bertuah mempunyai ibu atau bapa sejak dari lahir hingga besar. Malah ada juga yang tak dapat pun merasa kasih sayang ibu bapa sejak dilahirkan.



Perkara yang sama turut dilalui dua kanak-kanak dalam satu video yang tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik oleh makassar_iinfo, kelihatan dua kanak-kanak dari negara jiran sedang menaburkan bunga di pusara ibunya sambil ditemani ahli keluarganya yang lain.

“Halo mama, lagi ngapain?”

Walaupun video tersebut tak menunjukkan kesedihan atau air mata, keletah spontan dua kanak-kanak ini telah meruntun hati ramai orang.

Mana tidaknya, dalam video tersebut dua kanak-kanak ini dilihat bersimpuh di tepi kubur ibunya sambil bertanya khabar pada arwah ibu mereka.

Lebih memilukan bila kedua-dua kanak-kanak ini merapatkan telinga mereka pada tanah untuk mendengar jawapan ibunya dari dalam kubur. Allahu innocentnya…

Mama, mama, halo mama, lagi ngapain ma?”

“Perasaan bapanya remuk itu pasti”

Video ini telah mendapat banyak tontonan dan tanda suka hampir mencecah 100k. Malah komen-komen juga banyak menunjukkan netizen sedih melihat keletah dua kanak-kanak ini.

Screenshot 2021 08 04 At 12.09.32 Pm Down

Memang sedih tengok keletah budak-budak ni, moga jadi anak yang soleh…

 

Baca: “Ayah!” – [VIDEO] Sedih! Anak Menjerit Dari Pagar Tanah Perkuburan Tengok Pengebumian Ayah Runtun Hati Netizen

Screenshot 2021 08 04 At 12.20.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.