in

“Malu sungguh”- Ingatkan Kawan, Lelaki Ini Tak Sedar Tidur Atas Bahu Penumpang Lain Dalam Tren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau naik tren lepas itu dapat tempat duduk, memang kira beruntung gila. Lagi-lagi musim pandemik Covid-19 yang mana tempat duduk setiap penumpang perlu selang satu untuk kurangkan penularan wabak ini.


Sambil tengok pemandangan dekat luar dalam tren itu, kadang-kadang boleh terlelap juga lagi-lagi kalau perjalanan nak ke destinasi itu mengambil masa yang agak lama.

 

Lelaki selamba tidur atas bahu wanita, ingatkan bahu kawan

Ada satu video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Abdenouor Guendouz semalam yang mendapat lebih 3 juta tontonan dengan lebih 760 ribu likes dan lebih 8000 ribu share menunjukkan seorang lelaki berjaket hitam tertidur sambil melentokkan kepalanya pada bahu penumpang di sebelahnya.

@ninoou

Hahaha 😂 @itsjustramy #algeria #dz 🇩🇿

♬ Oh No – Kreepa

Tapi, lelaki yang tertidur itu tak sedar yang sebenarnya kawan dia yang duduk disebelahnya sebelum ini telah bermurah hati beri tempat duduknya kepada wanita yang berpangkat ibu.

Bila dikejutkan dari tidur, lelaki itu kelihatan seperti susah untuk membuka matanya sehinggalah dia mula sedar yang bahu yang dijadikan ‘bantal’ itu sebenarnya bahu penumpang lain dan bukannya bahu kawan dia.

Dengan penuh perasaan malu, lelaki itu terus angkat kepalanya dari bahu wanita itu sambil menutup wajah dan memandang kosong ke luar tren. Weh malunya! Tak tahu nak sorok muka kat mana.

Menyedari situasi tersebut, orang di sekelilingnya hanya tertawa kecil.

 

Wanita itu memahami

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki itu dan ada yang siap cakap bahu wanita itu nampak empuk. Patut la lena betul lelaki tu tidur. Ada juga yang komen wanita itu yang seakan-akan mempunyai aura keibuan yang memahami keadaan lelaki itu yang tertidur di dalam tren.

Boleh la jadikan ni salah satu kenangan naik tren. Boleh cerita kat cucu nanti kan.

 

Sumber: Abdenour Guendouz

Baca: “Keletihan & kurang sihat”- Video Tertidur Ketika Majlis Graduasi Huffaz Tular, Timbalan Menteri Mohon Maaf

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.