in

“Keletihan & kurang sihat” – Video Tertidur Ketika Majlis Graduasi Huffaz Tular, Timbalan Menteri Mohon Maaf

Feature 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak kerja cari rezeki untuk menyara kehidupan. Jadi, kadang-kadang tu, kita akan terlelap ketika bekerja sebab tak cukup rehat atau terlalu penat.

Semalam pula, viral video Ahli Parlimen Kuala Pilah yang tertidur ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, Seremban. Dua individu yang berada di sampingnya juga telah cuba untuk mengejutkannya tapi tak berjaya.


Tido 5

Jadi, hari ini, menurut Harian Metro, Datuk Eddin Syazlee Shith yang juga merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya itu telah tampil memohon maaf manakala Pegawai Tugas Khasnya juga ada menjelaskan menerusi Twitter yang beliau sebenarnya tak berapa sihat ketika hari kejadian.

Dato Eddin kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau gagahkan diri untuk hadir, “ katanya.

Beliau juga dilaporkan telah makan ubat sebelum ke majlis. So, mungkin kesan ubat tu yang sebabkan beliau ni mengantuk. Dalam video yang viral tu, difahamkan yang beliau tidak bergerak apabila namanya dipanggil oleh pengacara majlis untuk menyempurnakan majlis.

Tido 5 1 1

Untuk korang semua pulak, min nak ingatkan, jangan lupa dapatkan rehat yang cukup jugak ya. 

Baca: “Sedar-sedar beribu viewer” – Penat Cari Rezeki Buat Peniaga ‘Barai’ Sampai Tertidur Masa Live Jual Barang

Tido 3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.