Seorang instafamous muda dikecam teruk oleh netizen di Twitter disebabkan satu video yang dimuat naik di Instagram. Dalam video tu, gadis terbabit menunjukkan yang dia tengah enjoy menari ikut rentak lagu di radio bersama seorang gadis lain.
Tapi, yang buat netizen kecam tu sebenarnya sebab waktu dia menari sebenarnya bapa dia tengah bagi nasihat. Dan dia sendiri ada tulis sesuatu yang menunjukkan memang dia nak ignore je bapa dia yang tengah bercakap tu.
Lepas tu, bila ditanya oleh bapa dia gadis tu boleh pula menjawab balik,
Kau nak kitorang cakap apa? Kang ayah kata menjawab!”
nahh, i still boleh tgk even dh delete pic.twitter.com/f7z6qM1vVt
— Mummy Bunga 🌸 (@Suuuuee__) December 24, 2019
Disebabkan video itu, gadis ini terima kecaman hebat daripada netizen. Bukan setakat kurang ajar dengan bapa sendiri tapi juga sebab dia bangga dengan sikap biadap dia tu sampai upload dekat media sosial.
Menurut posting seorang wanita di Twitter, itu bukanlah kali pertama instafamous muda ini tunjuk perangai buruk dia kepada orang ramai.
Bukan kali pertama buat hal pulak tu, sebelum ni pun banyak kali kantoi perangai buruk. maleh kerja dengan influencer bodoh cemni.”
https://twitter.com/nadhiwah/status/1209377289403682816?s=21
Ramai netizen bersetuju dengan wanita tersebut dan masing-masing tinggalkan komen serta pandangan mereka terhadap instafamous ini dengan sikap kurang ajarnya itu.
“Ego. Tak reti minta maaf. Ada hati nak jadi influencer. Puihhh.”
“Influenza ni. Bukan influencer.”
“Dari awal tengok pun tau macam tak matang ja dia tu.”
Tapi, dalam pada netizen kecam tu ada jugalah penyokong dan pengikut instafamous ini yang back her up. Kata mereka, sebenarnya bapa instafamous tu tahu dia bergurau dan tergelak sekali.
Tapi pada pendapat netizen lain, itu tidak semestinya membolehkan dia untuk bersikap kurang ajar. Apatah upload kebiadaban dia sendiri dekat media sosial.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1209477024844091392
Admin dulu nak cakap ‘eh’ dengan abah pun takut. Abah kita garang huuu ?