“Tak suka dia punya attitude, gedik gila…” – Instafamous Kena Hentam ‘Kaw Kaw’ Dekat Twitter Pasal Make Up

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak suka dia punya attitude, gedik gila…” – Instafamous Kena Hentam ‘Kaw Kaw’ Dekat Twitter Pasal Make Up

Kecoh sejak semalam pasal seorang gadis cantik yang juga instafamous kena hentam dengan dak dak Twitter. Kebanyakannya tak suka dengan attitude dia yang katanya selalu over kalau cakap pasal kulit muka dia? Dah kenapa pulak ni…

Semuanya bermula bila ada seorang pengguna Twitter ni tweet cakap gadis tu bitter. Okay, so recently gadis instafamous tu ada upload gambar selfie dia dekat Twitter dan menyatakan yang pada masa tu dia buat solekan ‘minimal’.


Dahlia 1

Dahlia 3
Sumber: Twitter

Lepas tu ada pengguna Twitter lain yang retweet posting gadis instafamous ni dan cakap yang sebenarnya dia tahu that solekan tu tak minimal pun. Katanya, gadis ni make up tebal sebenarnya.

Gadis instafamous kemudian reply tweet tersebut untuk pertahankan diri dia then orang tadi tu puji kulit dia flawless sebab tak pakai foundation tapi solekan sangat cantik.

Thread Dahlia
Sumber: Twitter

Rupanya, cerita tu tak berakhir di situ ye. Apa yang buat ramai orang dekat Twitter tu bash dia is because dia ada pula buat thread cakap pengguna tadi tu jealous dengan skin condition dia. Pulak dahhhh.

So, warga Twitter pun hentamlah dia secara berjemaah. Masing-masing mula lah tunjuk belang tweet ayat-ayat yang tak sedap dibaca. Admin tak back up sesiapa tapi sampai maki tu macam melampau kot?

Serious memang ramai tak puas hati dengan dia. Bukan tu je, ramai juga yang post selfie masing-masing macam gaya gadis instafamous tu. Ibarat dan jadi selfie challenge dah. Bayangkan, sampai trending lah nama gadis ni dibuatnya.

Selfie Challenge Ejek Dahlia 1

Ejek Dahlia 2
Sumber: Twitter

Tapi, dalam pada ramai yang dok kecam dia tu ada jugalah yang menyebelahi dia. Menurut geng ni pulak, pihak lagi satu tu sepatutnya tak perlu nak tweet macam tu sebab nampak macam sebenarnya dia yang bitter dengan kulit gadis instafamous ni.

Support Support 1

Support 2
Sumber: Twitter

Macam-macam kan? Pasal skin condition and make up pun boleh buat gaduh. Patutnya kita kena saling mendukung untuk masyarakat sejagat yang harmoni ahh gituuuu~

Baca: “Macam telan kahak” – Instafamous Hafiz Mahamad Dilabel Biadap Kerana Hina Makanan Tradisi, Ambuyat

Ambuyatt5

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak suka dia punya attitude, gedik gila…” – Instafamous Kena Hentam ‘Kaw Kaw’ Dekat Twitter Pasal Make Up
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-suka-dia-punya-attitude-gedik-gila-instafamous-kena-hentam-kaw-kaw-dekat-twitter-pasal-make-up/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM