Malaysia Setuju Teruskan Pencarian MH370 Dengan Ocean Infinity

Tambah ke Sumber Pilihan
MH370

Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meneruskan misi pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang 10 tahun lalu.

Usaha untuk mencari serpihan pesawat Boeing 777 yang telah dihentikan sejak beberapa tahun bakal diteruskan semula.


Screenshot 2024 12 21 At 3.31.08 Pm

Memetik laporan BBC, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kabinet telah meluluskan perjanjian bernilai $70juta (bersamaan kira-kira RM300 juta) dengan firma penerokaan maritim yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity untuk mencari pesawat itu.

Pencarian itu diteruskan dengan syarat ‘no find, no fee’ dimana Ocean Infinity akan dibayar hanya apabila serpihan ditemui.

Artikel berkaitan: Pakar Dakwa Misteri MH370 Boleh Terungkai Dalam Beberapa Hari Kalau…

Artikel berkaitan: Misi Pencarian Selama Ini Dikatakan Salah Lokasi, Penyelidik Dakwa Misteri MH370 Dah Terungkai?

Pencarian serpihan MH370 pada 2018 oleh Ocean Infinity di bawah syarat yang sama berakhir dengan kegagalan selepas tiga bulan misi berlangsung.

Usaha yang melibatkan pelbagai negara itu telah menelan belanja $150juta berakhir pada 2017 selepas dua tahun menjelajah lautan yang luas.

Kerajaan tiga negara terbabit, Malaysia, Australia dan China berkata, pencarian hanya akan disambung semula sekiranya bukti baharu yang boleh dipercayai muncul mengenai kebarangkalian lokasi pesawat itu.

Screenshot 2024 12 21 At 3.31.57 Pm

Walaupun kerajaan menerima tawaran Ocean Infinity, Loke berkata rundingan mengenai syarat khusus perjanjian itu masih berterusan dan akan dimuktamadkan awal tahun depan.

Pencarian baharu itu akan meliputi kawasan seluas 15,000 km persegi di selatan Lautan Hindi, berdasarkan data baharu yang boleh dipercayai.

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang pada Mac 2014 ketika dalam perjalanan ke Beijing, China, dari Kuala Lumpur di Malaysia dengan 239 orang di dalamnya.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Malaysia Setuju Teruskan Pencarian MH370 Dengan Ocean Infinity
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/malaysia-setuju-teruskan-pencarian-mh370-dengan-ocean-infinity/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM