in

Malaysia Boleh Bebas Covid-19 Tanpa Vaksin Jika Rakyat Tak Degil, Patuh SOP – Noor Hisham

Feat 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia berupaya menghentikan penularan wabak Covid-19 tanpa memerlukan bantuan vaksin sekiranya rakyat patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan Awam.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menjelaskan, rakyat perlu sentiasa patuh kepada SOP selain kepatuhan kepada amalan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu hingga 2 meter, pakai pelitup muka, kerap cuci tanya atau sanitasi secara berterusan, lapor MalaysiaGazette.

8

Jadi, ada kemungkin tanpa menggunakan vaksin kalau kita semua patuh kepada SOP dan juga kepada saranan kesihatan awam, maka kita juga boleh memutuskan Covid-19 sepertimana SARS tanpa vaksin.

“Jadi tak mustahil untuk kita berjaya memutuskan Covid-19 tanpa menggunakan vaksin tapi kalau ada vaksin lagi bagus.. tapi kalau tanpa vaskin pun kita mungkin boleh gunakan kaedah tersebut,”

Katanya sehingga kini Coronavirus-19 dan SARS masih tidak mempunyai vaksin namun SARS sebelum ini berjaya dibendung dengan tindakan kesihatan awam negara, tanpa menggunakan vaksin.

Ministryofhealthfacebook

Datuk Dr Noor Hisham berkata sehingga kini pihaknya masih belum dapat pastikan bila vaksin Covid-19 dapat dihasilkan.

Justeru beliau meminta kepada rakyat di negara ini untuk terus patuh dan beri kerjasama baik kepada SOP kesihatan awam yang ditetapkan kerajaan.

 

Ingat guys, #KitaJagaKita

Baca : PKPB Diganti Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Bermula 10 Jun Hingga 31 Ogos

Untitled 1

Sumber: EdgeProp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.