“Malaysia bila lagi?” – Netizen Tabik Polis Indonesia Tala Telinga Mat Rempit Kat Ekzos Motor Sebab Memekak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sakit hati tak kalau korang tengah istirehat di rumah, anak kecil tengah tidur atau tengah makan kat kedai mamak, tiba-tiba ada bunyi bising ekzos motor lalu di kawasan perumahan atau depan kedai tu? Rasa panas tu dari telinga sampai ke hati.

Mengganggu ketenteraman awam, dan mejejaskan alam sekitar. Kadang-kadang dah buat bonggol banyak-banyak depan rumah pun tak jalan. Tetap bising juga. Sebenarnya kes macam ni bukan berlaku di Malaysia je tau, di negara jiran pun sama.

Mungkin saman atau sumbat ke dalam lokap tu dah tak jalan agaknya, polis pun ambil tindakan yang confirm buatkan si pesalah ni menyesal seumur hidup.

 

Indonesia sudah, Malaysia bila lagi

Video berdurasi 2 minit 5 saat yang dikongsikan melalui Facebook INFO KINI ini menunjukkan pihak polis sedang memarahi tiga orang penunggang motosikal yang dikatakan sering buat bising dengan ekzos motor.

Sebagai denda polis tala kan telinga ketiga-tiga individu tu sambil memulas throttle(pulas minyak). Aduh! berdesing!. 

Polis Indon letakkan telinga pesalah ke exos moto2 yg bising..?

Posted by INFO KINI on Saturday, February 9, 2019

Disebabkan ia dah viral sampai ke Malaysia ramai netizen gesa agar cara ini patut dilakukan di negara ini juga. Biar sedar sikit siapa yang suka memekak maghrib-maghrib dengan tengah-tengah malam buta tu.

 

Malaysia patut buat macam ni – Netizen

Tapi ada yang kata sebenarnya kat Malaysia ni dah buat sejak 4 tahun lepas, cuma admin tak pernah nampak lagi. Tapi bila korang tengok video ni mesti rasa puas kan? Baru dia tahu apa yang orang lain rasa bila dengar bunyi eksoz moto yang dia banggakan sangat tu.

 

Baca :Good luck la kat dalam bro” – Video Pemuda Berani Mati Sepak ‘Telo’ Polis Masa Kena Gari

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?