in

Malaysia Bakal Ada Tram Untuk Elak Kesesakan Jalan Raya?

Page Tram4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wah! Tak lama lagi negara Malaysia bakal kelihatan ala-ala negara barat dengan penambahan baru dalam sistem pengangkutan. Semua tahu di kebanyakan negara luar seperti Australia atau London mempunyai rel di tengah-tengah jalan. Rel ini merupakan laluan jalan untuk kenderaan kecil yang dinamakan tram.


Baru-baru ini, menurut The Star, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bercadang untuk memasang tram di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi bagi memudahkan pengguna untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Tram1
gambar hiasan

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azharuddin Mat Shah berkata rangkaian perkhidmatan tram meliputi sehingga 53 kilometer yang mempunyai akses kepada perkhidmatan transit aliran massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang, MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

“Kami telah mengemukakannya kepada Kerajaan dan telah memberi kami kelulusan untuk memulakan permohonan untuk cadangan (RFP).”

Walau bagaimanapun, masih belum pasti bilakah sistem ini akan mula dijalankan di Malaysia memandangkan RFP mengambil masa sebelum permohonannya boleh diluluskan.

“Kami belum membuat keputusan apabila RFP akan siap, tetapi ia akan dalam masa tiga hingga enam bulan akan datang.”

Tram
gambar hiasan

Kata beliau, SPAD telah menjalankan kajian dan sudah mengetahui jalan yang akan diliputi oleh rel tram ini. Selain itu, beliau turut menekankan sistem tram ini akan membantu mengurangkan kesesakan di empat kawasan.

Bukan itu sahaja, servis tram ini juga dilihat sebagai menjimatkan dan mesra alam sekaligus menjadikannya pilihan kenderaan yang terbaik.

“Kita melihat kawasan seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi mempunyai jalan yang agak luas jadi ciri-ciri ini boleh digunakan untuk membina sistem tram yang ternyata kos efektif iaitu 15 peratus lebih murah berbanding membina monorel.”

Mungkin murah agaknya nak bina rel dan laluan untuk tram ni….

Baca: 6 Plaza Tol Baru Bakal Dibina di Lembah Klang

R 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.