in

“Malam-malam pergi rumah tunang buat apa?” – Lelaki Ditahan Polis Sebab Langgar PKP, Bagi Alasan Nak Pergi Rumah Tunang?

Combine Tunang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh orang ramai sewaktu melalui sekatan jalan raya berikutan wabak Covid-19 ni. Mereka memberikan alasan seperti ini supaya dapat ‘lepas’ daripada sekatan jalan raya pihak berkuasa. Namun, bukan senang-senang nak lepas roadblock ni ye.


Selepas alasan siram pokok bunga di pejabat dan baru balik kenduri kawin kali ini seorang individu ditahan oleh pihak polis sebab bagi alasan nak pergi ke rumah tunang.

Menurut Harian Metro, lelaki berkenaan memberi alasan keluar lewat malam untuk pergi ke rumah tunangnya sewaktu ditahan di sekatan jalan raya di Alor Setar malam tadi.

Tunang

Lelaki berusia 20-an yang menunggang motosikal itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar pada jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lelaki berkenaan antara 16 individu yang berusia antara 19 hingga 38 tahun ditahan kerana ingkar PKP.

Walaupun lokasi itu dah buat roadblock dan penangkapan sebanyak lima kali tapi masih lagi ramai individu yang ingkar arahan PKP.

Ekoran daripada itu, 16 individu berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Tunang 2

Dah tau limit keluar rumah sampai pukul 8 malam tapi masih juga degil nak keluar rumah. Hmm

Rata-rata netizen bengang dengan tindakan individu yang pentingkan diri sendiri ni dan mengatakan sia-sia sahaja orang yang berkorban untuk duduk di rumah tapi orang lain degil nak keluar rumah.

Degil nak mampus

Fb 1 2

Sekolah ke tak budak ni? 

Fb 2

Baca : “Amboi! Kenduri kat mana tima PKP ni?” – Bagi Alasan Tak Logik, 22 Individu Ditahan Sebab Ingkar Arahan PKP 

Kenduri 1

 

 

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.