in

“Amboi! Kenduri kat mana time PKP ni ?” – Bagi Alasan Tak Logik, 22 Individu Ditahan Sebab Ingkar Arahan PKP

Combine Kenduri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, kawalan pergerakan semakin ketat daripada pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian virus Covid-19 ini. Ekoran daripada itu, sudah pasti ramai individu yang memberi bermacam-macam sebab dan alasan untuk lepas daripada sekatan itu.


Ada yang bagi alasan diterima dek akal contohnya mereka keluar rumah untuk beli keperluan harian namun ada juga yang bagi alasan tak munasabah contohnya baru balik kenduri ? Time PKP ni orang ada buat kenduri ke ? Kan tak boleh buat majlis keramaian. 

Satu operasi telah dilakukan di persimpangan lampu isyarat Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar dan polis menahan dua individu yang menaiki kereta kerana telah melanggar arahan PKP. Mereka yang berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam. Alasan yang diberikan ialah baru balik kenduri, lapor Harian Metro.

Dalam operasi yang sama, 22 individu telah ditahan dimana 21 daripadanya ditahan kerana langgar PKP manakala seorang lagi ditahan kerana membawa enam bungkusan air ketum.

Kenduri

Ada juga beberapa penunggang motosikal melarikan diri lepas dapat tahu ada operasi dibuat di kawasan itu malah ada yang bagi alasan mereka tak tahu yang kedai serbaneka 24 jam ditutup awal sebab PKP.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata semua yang ditahan berusia 22 hingga 48 tahun ketika melalui kawasan itu selepas jam 8 malam.

“Mereka memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri namun kesemua mereka ditahan untuk tindakan lanjut”

Kesemua 21 individu yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Manakala seorang individu yang membawa enam bungkusan air ketum akan dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan disiasat mengikut Akta Racun 1952.

Baca : “Siram pokok di pejabat? ” – Pengguna Jalan Raya Guna Alasan Tak Munasabah Untuk Keluar Sewaktu Sekatan Jalan Raya

Siram

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.