in

“Makcik taktau ke gaji driver lori lagi masyuk?” – Berkahwin Dengan Pemandu Lori, Wanita Ini Dikutuk Orang Kampung

Untitled Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tipikal masyarakat kita, kalau ada anak-anak yang nak melangsungkan perkahwinan — soalan ni pasti akan menjadi buah mulut saudara mara yang lain; ‘pasangannya tu kerja apa? loyar ka? majistret ka?’

Bagus juga kita ambil tahu latar belakang orang asing yang akan masuk menjadi anggota baru extended family kita, itu tanda kita kisah dan peduli.


Walaupun berlainan bangsa, taraf pendidikan atau beza angka yang tertulis pada slip gaji — kalau keluarga sendiri terima kehadiran anak menantu dengan tangan terbuka, kita nak cakap apa lagi kan?

Cuma yang tak sedapnya, bila orang sekeliling yang bukan dari kalangan ahli keluarga kita pula yang lebih sudu dari kuah.

Macam yang dilalui oleh wanita ini, @AzuraOrkid — yang berkongsi kisahnya di laman Twitter.

Kawin Driver 1

Kawin Driver

Perkongsian yang mendapat hampir 17k retweet itu menerima reaksi pelbagai daripada netizen, yang rata-ratanya mengecam sikap masyarakat kita yang suka memandang rendah pekerjaan orang lain.

Sebenarnya, kalau la makcik kat kampung tu tahu gaji sebenar seorang pemandu lori ni — nescaya dia sendiri yang akan carikan menantu tanker driver untuk anak-anak perempuan dia.

Mana taknya, perkara ini diakui oleh tuan punya badan sendiri apabila ada netizen mendedahkan — gaji seorang pemandu lori ni sebenarnya lebih masyuk dari apa yang kita sangkakan.

Gaji1

Gaji2

Gaji4

Gaji5

Hakikat kehidupan manusia di dunia ni berbeza-beza. Ada yang walaupun kerja pejabat, tapi terpaksa pulun buat overtime sampai tengah malam — tak pun habis office hour, sambung bawa teksi.

Itu pun masih terpaksa berhutang untuk beli kereta dan rumah.

Tapi driver lori?

Gaji3

Hambik!

Kehidupan masing-masing ni ada lebih dan ada yang kurang, jadi moralnya — hormatilah sesama manusia, sebab semua kelebihan yang ada pada kita tu datang atas izin Tuhan je.

Okay done membawang, kami mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka dan semakin dimurahkan rezeki. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita happy kan?

 

Baca: “Kita dah di akhir zaman” – Jumpa Dekat Disko & Berkahwin, Sekarang Sama-Sama Berubah Pergi Kelas Mengaji

Oi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.