Netizen ni mata diaorang memang tajam jadi kalau nak bagi sebarang pendapat memang kena hati-hati. Lebih-lebih lagi masa tengah duduk rumah ni.
Viral dekat Twitter sekarang terhadap kenyataan individu yang mengkritik tempat kuarantin dan mempertikaikan kebersihan tempat tersebut yang mungkin belum dinyahinfeksikan.
“Macam dekat penjara”
Seperti yang dikatakan tadi, netizen yang jenis ‘mata tajam’ ini terus kongsikan kritikannya sebelum ini.
Wanita yang bekerja sebagai Pramugari ini ada bercuti dekat New Zealand selama hampir sebulan, ketika dia ingin pulang ke Malaysia.
Nak dipendekkan cerita ada pengguna Twitter kongsikan gambar-gambar tempat di Malaysia yang menjadi pusat kuarantin untuk golongan yang mempunyai gejala jangkitan dan mereka yang ada potensi jadi pembawa pandemik ini. Antaranya sudah semestinya mereka yang baru balik travel.
Wanita tersebut mengkritik lokasi-lokasi itu macam di penjara, malah siap mempertikaikan lagi kebersihan pusat kuarantin di Malaysia ini. Katanya duduk rumah lagi selamat.
Lepastu pejam celik pejam celik terus dia pula tayang tempat dia kena kuarantinkan sebab ada travel sebelum ni.
Dia juga ada menjelaskan yang tempat dia dikuarantinkan itu ditaja 100 peratus oleh kerajaan.
Gambar kritikan itu dikongsikan balik diruangan komen posting ini dan rata-rata netizen memberi respon yang kurang senang dengan caranya.
Dapat Hilton terus senyap la – Netizen
Malah info yang dia berikan pasal ditaja oleh kerajaan itupun ditepis oleh netizen sebab…baca ni..
Baca : Vivy Yusof Dikecam Kerana Setuju Kenyataan Berbaur Menghina Golongan Miskin Ketika Covid-19?