in

Makan Malam Keluarga Berubah Tragedi, 4 Cedera Akibat Alat Memasak ‘Steamboat’ Meletup!

Dapur Gas Meletup Steamboat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika korang ada menggunakan dapur gas mudah alih untuk tujuan memasak dan lain-lain, admin nak nasihatkan hati-hati ya.


Menurut Berita Harian, semalam, empat sekeluarga termasuk dua orang kanak-kanak dilaporkan cedera selepas dapur gas terbabit yang digunakan untuk memasak ‘steamboat’ di sebuah restoran telah meletup secara tiba-tiba.

Fvqznmvueaaffgc

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam di Alam Mesra, Kota Kinabalu, dua kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan tersebut terpaksa dihantar ke hospital oleh orang awam untuk dapatkan rawatan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.06 malam.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa wanita dilaporkan cedera di bahagian tangan manakala mangsa lelaki pula melecur di tangan dan luka di kaki.

“Kedua-dua mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya.

Fvqznn0Veaamihl

Pasukan operasi kemudian telah melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi dan operasi itu katanya berakhir pada jam 9.40 malam.

Kejadian itu pada masa yang sama telah mewujudkan kerisauan netizen akan penggunaan dapur mudah alih.

Apa-apapun pesan admin, sebelum nak guna apa-apa peralatan libatkan elektrik dan gas, periksa betul-betul takut ada kerosakan. 

Baca: Rumah Meletup Lepas Semburan Deodoran Terkena Lilin, Remaja 13 Tahun Melecur Di Tangan & Perut

Meletup

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.