Pemakaian produk deodoran telah menjadi sesuatu yang normal dan wajib dilakukan setiap hari. Kalau terlupa, alamatnya busuk la ketiak korang.
Namun, rutin harian seorang remaja memakai deodoran jenis semburan telah menyebabkan letupan di rumahnya setelah secara tidak sengaja semburan itu terkena lilin yang terpasang di dalam biliknya baru-baru ini.
Menurut Daily Mail, kejadian yang berlaku di sebuah apartment di London itu kemudiannya telah menyebabkan remaja 13 tahun yang dikenali sebagai Atrin Behazadi itu melecur pada perut dan tangan.
Dalam kejadian itu juga, lebih kurang 12 keluarga sempat lari dan keluar dari bangunan itu untuk menyelamatkan diri. Nasib baik kerana bomba datang secepat mungkin setelah dihubungi oleh kakak remaja tersebut yang berusia 15 tahun.
Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana keluar membeli barang di kedai berhampiran. Alat pengesan asap pula entah bagaimana tidak berfungsi ketika hari kejadian.
Kini, remaja tersebut berada dalam keadaan stabil namun doktor memberitahu keluarganya untuk sentiasa alert dengan keadaannya sebab takut tiba-tiba demam.
Malang tak berbau, so lepas ni korang pun kena lebih berhati-hati ketika pakai deodoran jenis sembur macam ni.
Sumber: Daily Mail