in

“Makan makanan kucing untuk hidup”- Kanak-kanak 5 Tahun Ditinggalkan Dalam Rumah ‘Sampah’ Bersama 19 Ekor Kucing

Fi Kotor E1616829442547

Sedih dan geli! Itu je yang min boleh cakap tentang kisah ni.

Syukur, seorang kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan apabila ditemukan dalam keadaan menyayat hati tinggal di sebuah unit apartment yang kotor dan jijik di Taldom, Rusia.

Menurut sumber, kanak-kanak malang berumur dalam lingkungan usia 5 tahun itu ditemui bersama 19 ekor kucing. Dia dikatakan makan makanan kucing untuk meneruskan hidup dan dia juga hanya pandai merangkak ketika ditemui.

Kotor

Selain itu , dia juga tidak pandai untuk bercakap, dan dipercayai dia telah diabai oleh ibunya yang berusia 34 tahun.

Ekoran itu, ibunya telah ditahan pihak polis atas tuduhan pengabaian anak.

Menurut pihak polis, kanak-kanak malang itu telah ditinggalkan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Alexander, sebelum ibunya keluar rumah beberapa hari sebelum.

Kotor 2

Jurucakap polis Tatiana Petrova memberitahu bahawa pihak polis ada membuat rondaan di kawasan tersebut dan bila terserempak dengan lelaki itu dia terus melarikan diri

“Pegawai polis dari unit rondaan mengesan seorang lelaki  yang mencurigakan, apabila terserempak dia cuba menyembunyikan diri dan memasuki sebuah rumah yang terletak di Jalan Saltykov-Shchedrin.

“Polis mengekorinya kemudian menemui tiga individu termasuk kanak-kanak malang berkenaan,” katanya.

Difahamkan kanak-kanak itu telah dihantar ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Selain itu, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia kini melancarkan siasatan awal terhadap kes tersebut.

Sumber : Dailystar

 

Baca : Jarum 10cm ditusuk dkt jantung; Ibu & Bapa Tiri Korbankan Anak Umur 3 Tahun Untuk Ritual Puja Syaitan

Ft Ritualsetan

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star