in

“Makan lagi benda pelik aku cepuk” – Semua Hospital Sementara Covid-19 Dah Ditutup. Bandar Wuhan Kembali Normal?

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya penduduk Wuhan boleh tarik nafas lega bila bandar yang menjadi punca penularan wabak Coronavirus ini telah pun menutup kesemua hospital sementara yang dibina secara eksklusif untuk merawat pesakit Covid-19 selepas angka kes baru menurun secara mendadak.


Menurut The Star, Hospital Sementara Wuchang yang asalnya stadium sukan ini telah pun ditutup pada pagi Selasa lalu selepas 49 pesakit terakhirnya telah dibenarkan pulang ke rumah menjadikan ia sebagai hospital sementara terakhir di Wuhan yang ditutup.

Es6Bttexgaimas5

Hospital yang dibina selama dua hari ini telah menerima sebanyak 1,124 pesakit yang menghidapi simptom ringan Covid-19 selama 35 hari ia beroperasi.

Bukan tu je, di hospital ini, tak ada seorang pun pesakit yang mati mahu pun staf medikal yang dijangkiti penyakit ini.

15 hospital sementara di bandar ini telah menerima 12,000 pesakit, ini bermakna, sebanyak satu dari empat pesakit Covid-19 telah dirawat di sana.

Tujuan hospital-hospital sementara ini dibina adalah bagi memberi ruang untuk pesakit-pesakit Covid-19 menerima rawatan selepas hospital-hospital di sana tak mampu nak menampung jumlah kes yang terlalu tinggi.

601484

Kalau korang nak tahu, 15 hospital sementara ini mula tutup secara berkala pada awal bulan ini dan pada hari Isnin, hanya 17 kes baru saja yang dilaporkan di Wuhan berbanding 3,910 kes ketika wabak ini memuncak 13 Februari lalu. Manakala hanya dua kes saja yang dilaporkan di kawasan lain di China.

Pun begitu, mereka masih lagi meneruskan usaha untuk merawat 13,000 pesakit dan tak akan berhenti sehingga pesakit terakhir sembuh dan keluar dari hospital.

 

Baca: “Bermula dari dia lah ni?” – Individu PERTAMA Dijangkiti Covid-19 di Dunia Berjaya Dikesan, Lelaki 55 Tahun Dari Hubei, China

Kes Pertama Covid

Sumber: Twitter
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.