in

“Bermula dari dia lah ni?” – Individu PERTAMA Dijangkiti Covid-19 di Dunia Berjaya Dikesan, Lelaki 55 Tahun Dari Hubei, China

kes pertama covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak Covid-19 kini semakin menjadi-jadi. Beberapa negara telah isytihar darurat dan Malaysia sendiri telah mencatatkan sejumlah 158 kes positif Covid-19. Sudah tentunya sejak keluar berita tentang wabak ini, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya orang pertama yang dijangkiti virus tersebut.

virus1

Menurut SCMP, data kerajaan China akhirnya berjaya menjejaki individu pertama yang dijangkiti Covid-19 dan sebenarnya individu tersebut telah disahkan positif seawal November 2019 lagi.


Individu pertama dijangkiti virus ini dikatakan seorang warga emas berusia 55 tahun yang berasal dari wilayah Hubei, China, pusat bermulanya wabak Covid-19 ini.

Bagaimanapun, media dilaporkan tidak mendedahkan nama serta identiti individu terbabit.

virus3

Beberapa doktor di China juga berkata mereka hanya menyedari tentang penularan wabak ini pada akhir Disember. Bermakna, penemuan ini bukanlah benar-benar konklusif kerana beberapa kes positif disahkan sebelum wabak ini dikesan. Ketika itu, pihak perubatan telah pun menjalankan ujian kepada beberapa individu yang disyaki dijangkiti.

virus2

Dengan pemahaman bagaimana virus ini merebak serta mengetahui bagaimana kes-kes tidak dikesan dan dicatat dalam penularan Covid-19, penyelidik berharap mereka dapat menentukan skala sebenar kepada tahap bahaya virus ini.

Baca: “Kita pun ada harapan ni” – Wanita Berusia 103 Tahun Ni Merupakan Warga Emas Tertua BERJAYA Sembuh Covid-19!

103yo woman recovers from covid 19 in just six days currently holds record for olde world of buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.