in

“Makan bayam, susu segar” – Wanita Tertua Di Dunia Kongsi ‘Rahsia’ Panjang Umur

Johanna Mazibuko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warganegara Afrika Selatan baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-128 dan dipercayai dia merupakan wanita tertua di dunia.


Berasal dari Jouberton, Klerksdorp, wanita yang menyambut hari kelahirannya pada 11 Mei ini dipercayai telah berusia 128 tahun dan menurut laporan, Johanna Mazibuko mempunyai dokumen pengenalan yang turut menunjukkan tahun kelahiran wanita tersebut iaitu tahun 1894.

Ini bermaksud, Johanna telah menjalani kehidupannya dalam beberapa peristiwa sejarah penting seperti penjajahan British, polisi pengasingan kaum Apartheid dan dua siri perang dunia!

Th

Berkongsi dengan News24, Johanna yang berusia lebih daripada satu abad ini menceritakan bahawa dia dilahirkan di ladang jagung serta merupakan anak sulung daripada 12 adik beradik dan hanya 3 orang dari mereka masih hidup sehingga kini.

Selain itu, dia turut berkongsi ‘rahsia’ pemakanannya yang terdiri daripada susu segar dan bayam ketika membesar. Walaupun difahamkan dia kini turut memakan makanan moden, dia tetap merindukan bayam dan susu segar berkenaan.

Tambahnya lagi, kehidupan di ladang berkenaan sangat membahagiakan untuk mereka sekeluarga tanpa sebarang masalah.

Aaa 8

Pernah berkahwin dengan seorang lelaki duda yang jauh berusia daripadanya, dia malangnya tidak mengingati bilakah perkahwinan tersebut berlaku. Tambahnya lagi, apa yang sering dia ingat tentang bekas suaminya tersebut adalah dia memiliki kereta kuda dan lembu.

Johanna turut ceritakan yang dia pernah juga memerah susu lembu selain menggunakan susu tersebut untuk dijadikan sebagai mentega untuk dijual. Hasil perkahwinannya dengan lelaki bernama Stawana tersebut, dia dikurniakan 7 orang anak dan 50 orang cucu serta cicit.

Dalam satu temubual oleh media tempatan sempena ulangtahun kelahirannya, dia sempat berseloroh dengan meminta seekor lembu disembelih sekiranya dia meninggal selain meminta agar pengebumiannya diadakan dengan sempurna.

Baca : “Narcissistic much?” – Netizen Tuduh Paderi Takde Adab, Selamba Lamar Kekasih Masa Hari Pengebumian Bapa Wanita Itu

Lamaran Majlis Pengebumian 2

Sumber: Sabc News
Sumber: aajtk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.