in

“Mak tak dengar, pak sedara tak dengar!” – [VIDEO] Ibu Terpaksa Panggil Polis Sebab Anak Tak Nak Duduk Diam Dekat Rumah

Combine Remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat ini masih ramai ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak kira daripada golongan apa sekalipun. Sudah bermacam-macam usaha dan tindakan yang dilakukan daripada pihak berkuasa supaya orang ramai mengikut arahan PKP ni.


Dilaporkan seorang remaja lelaki telah mengingkari arahan PKP di Lenggong, Perak menyebabkan ibunya meminta pihak polis untuk membantunya menasihati anak sulungnya itu. Ketua Polis Balai Lenggong, Inspektor Mohd Ropiza Hassan telah menasihati remaja tersebut supaya tetap berada di rumah selaras dengan arahan PKP yang telah dilaksanakan, lapor Sinar Harian.

Remaja

“Saya cabar kamu, tunjukkan lima tahun lagi kamu boleh berjaya, sampai masuk universiti”

Korang boleh tengok video tu kat sini.

Difahamkan sikap remaja itu mengundang resah ibunya kerana sikap degil anaknya yang tak nak stay kat rumah waktu PKP ni.

Bermacam-macam teguran dan nasihat yang diberi oleh ketua polis berkenaan. Beliau menasihati remaja berkenaan sebagai anak sulung yang dah kematian bapa perlu mengutamakan pelajaran dan ambil kesempatan duduk di rumah untuk ulangkaji pelajaran.

Remaja 2

Menurutnya, anak buah polis berkenaan dah pun menangkap tiga empat kali remaja ini sebab keluar rumah dan kali ini dia masih berbuat tindakan yang sama.

Namun, tiada tindakan yang dikenakan daripada pihak polis kepada remaja berkenaan, dia hanya diberikan nasihat daripada pihak polis sesuai dengan permintaan ibunya.

Baca : “Orang cakap baik-baik kau melawan” – Netizen Puas Tengok Remaja Degil Langgar PKP Kena Tampar Dengan Polis

Tampar

 

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.