Korang ada tak pengalaman nampak orang yang tak dikenali berkeliaran dekat sekitar kawasan rumah seperti mencari atau aim sesuatu?
Baru-baru ni, tular di laman Instagram mengenai sebuah video berdurasi 1 minit yang menunjukkan seorang wanita bertudung dikerumuni oleh orang ramai dikatakan mempunyai niat untuk mencuri.
https://www.instagram.com/p/B5R16aUBhov/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Menurut portal sosok.id, kejadian itu berlaku pada hari isnin yang lalu iaitu 25 November di bahagian ruang tamu rumah desa tersebut.
Wanita yang mengenakan pakaian berjaket, berseluar jeans, dan bertudung itu dikatakan tiba-tiba masuk ke dalam rumah salah seorang di desa tersebut dan kemudiannya menghampiri ke bahagian bilik sebelum dia disergah oleh penghuni rumah tersebut.
Wanita itu kemudiannya di tangkap dan dibawa ke ruang tamu sebelum di soal siasat mengenai tujuan sebenarnya berada dalam rumah tersebut.
Dalam video itu, kelihatan warga di sekitar itu berasa sangat marah dengan tindakan wanita tersebut sehingga mereka mengambil tindakan mencabut tudung yang di pakai wanita tersebut dan dia hampir-hampir sahaja ingin dibogelkan oleh penduduk sekitar.
Namun perbuatan untuk membogelkan wanita tersebut di berjaya di halang oleh beberapa individu lain.
Warga tempatan pada mula menyangkakan wanita tersebut adalah lelaki yang menyamar dengan memakai tudung. Disebabkan itu mereka berasa geram dan mengambil tindakan melulu dengan mencabut tudung yang di pakai oleh wanita berkenaan.
Tapi kalau betul dia memang ada niat hendak mencuri, lebih baik serah dekat polis je. Korang jangan lah nak pukul ke apa walaupun geram, takut nanti dengan korang sekali kena tahan polis.