in

“Mak babi lagi mulia dari mak moden” -Netizen ‘Sekolahkan’ Individu Kutuk Ibu Bekerjaya

Collage 13

Dengan ekonomi zaman sekarang ni, bukan senang nak menyara keluarga. Bayar bil bulanan je dah hampir separuh gaji habis tu belum masuk makan dan barang-barang keperluan lain.

So, tak peliklah kalau zaman sekarang ramai ibu-ibu bekerjaya. Tapi, bila fikir-fikir balik, orang zaman dulu pun pergi je bekerja, nenek-nenek kita dulu keluar je bangun pagi bawak anak pergi toreh getah. Kan?

Seorang pengguna Twitter, telah mengutarakan pendapatnya yang pada admin tak berapa nak cerdik tentang ibu-ibu zaman sekarang. Katanya, kerana mak-mak moden zaman sekarang ni ‘sibuk’ nak bekerja, anak-anak jadi terencat sebab ditinggalkan. Boleh pulak kata macam tu ye?

“Mak babi lagi mulia dari mak moden”

Screenshot 2019 06 14 At 12.26.36 Pm

Dia ni seriously fikir yang wanita-wanita sekarang bekerja hanya sebab “pemerkasaan wanita” ke? Ada tak dia fikir masalah lain macam suami suruh kerja ke? Gaji suami sikit ke? Atau ada ibu-ibu tunggal yang memang terpaksa bekerja sebab nak tanggung anak-anak.

Punyalah banyak sebab wanita-wanita zaman sekarang ni bekerjaya. Bukan hanya nak memperkasakan wanita.

Ekoran dari tweet individu ini, ramai juga netizen yang cuba nak ‘sekolahkan’ balik pemikiran ortodoks pengguna twitter tersebut.

“Bila my dad tinggal lari dengan betina lain her savings that kept me and my siblings under a roof

Screenshot 2019 06 14 At 12.04.48 Pm Screenshot 2019 06 14 At 12.04.57 Pm Screenshot 2019 06 14 At 12.05.26 Pm Screenshot 2019 06 14 At 12.05.54 Pm

Bitter dengan wanita dan hak wanita sebab pernah dituduh mancabul perempuan?

Nak dijadikan cerita, menerusi replies di Twitter, ada yang mengatakan ‘mamat’ ni sebenarnya ada isu psikologi. Dari tweet-tweet dia pula memang obvious dia selalu mempersoalkan benda yang tak masuk akal.

Bukan tu saja, ada seorang pengguna Twitter mengatakan, mamat tersebut dikatakan pernah dituduh mencabul wanita satu ketika dulu sebab tu dia benci dengan wanita dan hak wanita.

Screenshot 2019 06 14 At 12.11.53 Pm

Apa-apa pun, siapa kita ni nak judge kenapa seseorang tu buat sesuatu kan? Lagipun, dari zaman Rasulullah lagi wanita dah mula bekerja. So, lepas ni kalau nak argue mungkin boleh gunakan point yang lebih bijak?

Yang penting, admin respect semua ibu-ibu yang bertungkus lumus membesarkan anak-anak tak kisahlah bekerjaya atau tak. Semua ibu patut terima penghormatan. 🙂

 

Baca: Lelaki Ni Kecam Golongan Bakal Suami Yang Nak Peram Isteri Dalam Rumah

Screenshot 2019 06 14 At 12.15.42 Pm