in

Kes Suri Rumah OKU M*ut: Suami Maklum Mangsa Sedang Kopek Ikan Bilis Sebelum Dit*kam

Ft Wanita Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya selepas dipercayai menjadi mangsa tikaman.

Lebih menyayat hati, ketika kejadian wanita berkenaan dipercayai sedang mengopek ikan bilis di bahagian tengah rumah sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.


Artikel berkaitan : “Sempat minta tolong suami” –  Wanita OKU Maut Dit*kam Dari Celahan Papan Rumah, Polis Jumpa Pisau Di Kebun Sawit

Artikel berkaitan : Kes T*kam Ibu OKU Celah Papan: Polis Reman Suami & Anak Untuk Bantu Siasatan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, suami mangsa yang ketika itu berada di dapur terdengar isterinya menyebut bahawa kakinya dicucuk.

Menurutnya, suami mangsa kemudian pergi melihat keadaan isterinya sebelum meminta bantuan penduduk kampung dan menghubunginya kira-kira jam 2 petang.

“Saya datang dan tengok keadaan arwah sudah tidak sedarkan diri dengan darah mengalir banyak di bawahnya.

“Suaminya beritahu ketika itu arwah sedang mengopek ikan bilis di bahagian tengah rumah, tetapi dia sendiri tidak pasti bagaimana kejadian berlaku,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.

Nur Halim turut memaklumkan bahawa tiga anak pasangan berkenaan juga merupakan OKU dan keluarga itu menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagaimanapun, katanya, keluarga berkenaan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk kampung.

Malah, suami mangsa pernah menjadi ahli jawatankuasa masjid dan aktif dalam kegiatan kampung, termasuk membantu menguruskan jenazah. Dalam perkembangan sama, Nur Halim berkata, dua anak mangsa kini sudah diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.