Suri rumah vs wanita bekerjaya.
Walaupun sudah memikul tanggungjawab sebagai tulang belakang keluarga, kerjaya tetap menjadi salah satu entiti yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kaum hawa — terutama pada zaman sekarang.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @PejuangJlnLurus tampil dengan satu statement yang ditujukan kepada bakal isterinya:
Kenyataan itu mengundang reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial. Ada yang menyokong, dan ramai juga yang membangkang.
Netizen menjadi lebih triggered apabila dia mengeluarkan satu lagi kenyataan:
Tidak diketahui sekiranya kenyataan yang dikeluarkan itu berbaur sarcasm atau beliau sememangnya jujur dan mahukan seorang suri yang setia menguruskan hal ehwal rumah tangganya kelak.
Sebelum itu juga, luahan seorang suami yang mendakwa isterinya seringkali mengabaikan kerja-kerja rumah kerana terlalu disibukkan dengan tugasan sebagai doktor — turut mendapat reaksi orang ramai.
Namun, seorang pengguna media sosial lain tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyifatkan lelaki yang ralat mahu membenarkan kaum wanita meneruskan kerjaya sebenarnya adalah LELAKI PENAKUT. Kenapa?
Ayat ‘up to a point of labelling your wife as a slave’ itu sebenarnya merujuk kepada kenyataan ini:
Melabel kaum isteri sebagai hamba is indeed a toxic culture.
Wanita memilih untuk meneruskan karier mereka atas pelbagai faktor — ada yang betul-betul passionate dan bagi mereka, kerjaya itu memberi mereka a sense of purpose.
Ada juga yang bekerja demi menampung perbelanjaan keluarga dan ingin merasa dapat duit poket lebih hasil titik peluh sendiri.
Dan sebenarnya, ramai je kaum suami yang supportive kalau isteri mereka nak bekerja — kalau pasangan masing-masing ngam dan sekepala nak cari keseimbangan between careers and family, hidup akan bahagia.
It all starts with basic respect and humility.
Baca: “Once kita kahwin, sampai situ sahaja career mu” – Nak Isteri Ada Degree, Tapi Tak Bagi Kerja?