in

‘Mak Andak’ Terkejut Pemergian Idris Md Diah, Banyak Ambil Alih Peranan Masa Berlakon 7 Hari Mencintaiku 2

Mak Andak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dramatis, Anne Abdullah yang melakonkan watak ‘Mak Andak’ bagaikan tidak percaya Idris Md Diah yang berlakon sebagai suaminya dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia awal pagi ini.

Bagi Anne, Idris yang berusia 61 tahun itu dikenang sebagai seorang pelakon yang sangat komited kerana sanggup memandu sendirian ke lokasi penggambaran walaupun sedang uzur, lapor Berita Harian


119057759 10224202835683080 3558217761563381963 O

Malah tambah Anne lagi, dia banyak mengambil alih dialog arwah kerana pelakon itu tidak mampu mengingati skrip yang panjang.

“Ketika berada di set penggambaran, pergerakan arwah sangat perlahan. Arwah selalu terlupa di mana dia meletakkan barang-barang seperti baju. Kamilah yang membantu mencarinya.

“Kami juga sentiasa pastikan arwah sudah makan. Dalam keadaan uzur, arwah masih mampu memandu kereta sendirian sehingga kadang-kala, saya jadi risau.

“Apatah lagi, matanya sudah tidak begitu nampak. Bila ditanya bagaimana dia boleh memandu sendirian, arwah beritahu, dia hanya mampu bertawakal kerana tiada pembantu peribadi,” katanya sedih.

119214873 10224202533515526 1518849046866801041 O

Pelakon dan kru penggambaran juga katanya sering membantu arwah di lokasi apatah lagi apabila set penggambaran kurang selesa dengan lampu yang agak panas.

“Saya tidak kisah atau marah setiap kali mengambil peranan arwah di lokasi. Bagi saya, itu hari arwah. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita apabila sudah berusia,” katanya yang mengenali Idris sejak remaja.

Al Fatihah buat arwah. Kalau ada 7 Hari Mencintaiku 3 mesti pelakon semua teringat-ingat arwah kan?? 

Baca: “Masa penggambaran drama beliau dah sakit tapi” – Pak Andak 7 Hari Mencintaiku 2 Meninggal Dunia

Al Fatihah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.