in

“Masa penggambaran drama beliau dah sakit tapi…” – Pak Andak 7 Hari Mencintaiku 2 Meninggal Dunia

Al Fatihah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini kita terima satu lagi berita menyedihkan. Dramatis veteran, Idris Md Diah yang terkenal dengan wataknya sebagai Pak Andak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia awal pagi tadi.


Menurut Kosmo, berita kematian pelakon ini telah disahkan anak saudara arwah, Nurul Nabihah Mohd. Rizal.

“Benar, bapa saudara saya meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Saya diberitahu tentang perkara tersebut pada pukul 3 pagi tadi,” katanya.

553 1

Jenazah arwah kini sedang dibawa ke Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum Zuhur nanti.

Pemergian Idris juga dimaklumkan Siti Rozmizah Semail, novelis dan penerbit drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Menurut posting Facebook penulis novel ini, Idris sebenarnya sedang sakit ketika menjalani penggambaran drama tersebut. Walau bagaimanapun, pelakon veteran ini tetap bersemangat untuk menghabis scene-scene beliau.

Assalamualaikum…..Pak Andak dalam kenangan….Saya bagi pihak seluruh team 7 Hari Mencintaiku 2 mengucapkan takziah pada keluarga arwah Abg Idris. Innalillahiwainnailaihirajiun..Abang Idris Mat Diah telah Kembali ke rahmatullah pagi ini. Sama-sama kita doa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletak bersama org2 yg soleh. (Al-Fatihah-dibaca)Pak Andak satu nama yg juga memberi impak dlm drama 7 Hari Mencintaiku 2. Semasa penggambaran drama 7 hari pun beliau dah sakit tapi tetap bersemangat utk menghabiskan scene2 beliau.Moga Abang Idris tenang di sana…

Posted by Siti Rosmizah Novelis SR Publication on Ahad, 13 September 2020

 

Rosmizah

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Semoga beliau tenang di sana… 

Baca: “Banyak deleted scene best-best” – Fans Tak Boleh Move On 7 Hari Mencintaiku, Scene Helmi ‘Sound’ Nurul Paling Power!

Sr

Sumber: mStar
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.