in

“Kami setaman, rumah dia dekat” – Nia Atasha Tepis Dakwaan Berkesedudukan Dengan Teman Lelaki

Ft Nia Atasha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali dilihat memuat naik hantaran kandungan di TikTok bersama teman lelaki, ramai netizen dikatakan mula membuat spekulasi bahawa pelakon dan model Nia Atasha dituduh bersekedudukan dengan teman lelakinya, Sky Iskandar.

Berikutan ini, Nia tampil menjawab salah faham tersebut, katanya ia mungkin timbul disebabkan mereka sering dilihat berdua-duaan di rumah ketika merakamkan kandungan itu. Tegas Nia, dia kini tinggal bersendirian bertemankan 2 ekor kucing peliharaannya.


Artikel berkaitan: Lakar Sejarah! Natasha Roslan Jadi Pemain Boling Wanita Negara Yang Pertama Menjuarai Piala Dunia

Artikel berkaitan: Cadangan Suruhanjaya Keharmonian Nasional Disambut Baik, Fokus Perkukuh Keharmonian Negara

“Kami tidak tinggal bersama, kami tidak bersekedudukan pun. Kami setaman, rumah dia pun dekat, itu sahaja. Tapi dalam video itu dia berada dalam rumah saya dan kami hanya buat TikTok bersama.”

Mengulas dakwaan dan komen negatif netizen, Nia mengatakan dia dan teman lelaki memilih untuk tidak terlalu ‘ambil pusing’ mengenai perkara tersebut. Jelasnya lagi, majoriti komen negatif itu hanya bersifat sementara dan ia tidak perlu diperbesarkan.

Screenshot 2026 04 15 123432

“Saya perasan saja tapi biasalah orang suka api-apikan. Tapi saya dengan Sky jenis yang tak kisah sebab itu tak betul. Jadi kami tak rasa nak buat penjelasan atau apa pun. Biarlah apa orang nak fikir sebab kita tahu itu tidak betul.”

Jelasnya, dia lali dengan persepsi dan label negatif sejak awal penglibatannya dalam dunia peragaan.

“Mungkin sebab sudah biasa. Saya sendiri pun sudah terbiasa sejak zaman modelling dulu bila orang label saya seksi dan sebagainya.”

“Jadi bila ada komen negatif, saya tidak terlalu ambil hati. Kalau ada yang tidak suka, itu hak mereka. Tapi ia tidak menjejaskan kesejahteraan mental saya.”

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.