in

MAIWP & YADIMart Sediakan ‘Pad’ Percuma Untuk Bantu Bendung Kemiskinan Haid

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk yang tak biasa dengan isu ini, ramai yang tak sedar bahawa masih ramai wanita lebih-lebih lagi di luar bandar atau dalam golongan B40 tak mampu untuk beli tuala wanita.


Kerana ini, ramai yang menggunakan apa-apa jenis kain yang boleh menyerap ketika datang haid. Bukan itu sahaja, ada juga yang terpaksa mengandung banyak kali hanya kerana tak mampu untuk beli tuala wanita.

Bagaimanapun, cara ini bukan sahaja tak bersih malah boleh mendatangkan penyakit-penyakit lain yang lebih serius.

Untuk yang tak tahu, pada 12 Jun lalu, Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberitahu bahawa Majlis Agama Wilayah Persekutuan dan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia telah bekerjasama dengan menyediakan tuala wanita percuma bagi membendung masalah ini.

Tambah Dr Zulkifli, masalah kemiskinan haid ini turut berkait rapat dengan pelbagai masalah lain dan beliau mengatakan agensi-agensi agama peringkat Persekutuan di bawah tanggungjawabnya akan terus menyokong usaha berkenaan isu ini.

Terima kasih pembayar zakat dan penderma infaq!”

Kepada korang yang kenal dengan orang yang tak mampu untuk beli tuala wanita ini, korang boleh beritahu, ia boleh didapati di rak Gerobok Rezeki Kedai MAIWP dan Bank Makanan YADIMart.

Bukan tu je, kalau korang nak beri sumbangan untuk usaha ini, korang boleh buat dekat sini:

 

 

Baca: “Janganlah jumud sangat?” – Wanita PKR Edar Tuala Wanita Percuma Tapi Dikecam Tak Ada Maruah?

Screenshot 2021 06 21 At 2.35.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.