in

Mahasiswa Universiti King Abdulaziz Bunuh Diri Lepas Ingat Diri Dijangkiti Coronavirus

Featured 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang mahasiswa asing dilaporkan bunuh diri di Hospital King Fahd Jeddah, Arab Saudi selepas ingat dirinya dijangkiti virus corona pada Sabtu.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Kesihatan Jeddah, mahasiswa tersebut dihantar ke hospital oleh Persatuan Bulan Sabit Merah pada Jumaat lepas selepas menunjukkan simptom pernafasan seakan virus corona.


5E494A5Ee657E
Sumber: kompas. Com

 

Terjun dari tingkap hospital sebab ingat dijangkiti COVID-19

Mahasiswa itu kemudiannya diberikan rawatan susulan dengan segala langkah pencegahan juga diambil, dia kemudiannya dikuarantin sementara menunggu hasil ujian makmal sama ada dijangkiti coronavirus atau sebaliknya, lapor Kompas.

Keputusan makmal menunjukkan yang dia negatif COVID-19, malangnya mahasiswa itu terlebih awal membunuh diri.

Mahasiswa sudah diletakkan di ruangan isolasi, namun dia membuka tingkap dan terjun kira-kira pukul 12.24 tengahari”

000 Nic6315994 1
Sumber: middle east eye

Difahamkan yang mangsa sudah berada 8 bulan di Arab Saudi dan merupakan mahasiswa Universiti King AbdulAziz.

Tidak dimaklumkan dari mana asal mahasiswa tersebut namun sumber memaklumkan bahawa mangsa berasal dari China.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

 

Baca : Dia pergi mandi di tandas awam Pegawai Kerajaan Korea Utara Ditembak Mati Sebab Lari Dari Bilik Kuarantin Coronavirus

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.