in

“Dia pergi mandi di tandas awam” – Pegawai Kerajaan Korea Utara Ditembak Mati Sebab Lari Dari Bilik Kuarantin Coronavirus

Korea Utara merupakan salah satu negara yang mula menghalang masuk kedatangan pelancong dari luar sejak wabak coronavirus mula merebak. Tindakan itu adalah untuk mengambil langkah berjaga-jaga terharap penularan wabak tersebut.

Antara tindakan drastik yang diambil negara ini termasuklah mengasingkan sesiapa yang baru pulang dari China atau yang berhubung dengan rakyat di sana, bagi menghalang virus daripada tersebar.

Sumber: Metro
Sumber: Meawww

Menurut Presiden Korea Utara, Kim Jong-un telah mengeluarkan arahan rasmi mengatakan sesiapa yang keluar dari tempat kuarantin tanpa kebenaran akan dibunuh dan ianya sudah termaktub di dalam undang-undang ketenteraan.

Daily Mail melaporkan, seorang pegawai kerajaan Korea Utara telah ditembak mati kerana ingkar arahan kuarantin dan keluar untuk mandi di tandas awam.

Sumber: Mirror

Individu itu dikatakan telah diletakkan di tempat pengasingan selepas bercuti di China kerana disyaki dijangkiti coronavirus. Tindakan menembak mati itu dibuat memandangkan Kim Jong-un telah melaksanakan undang-undang ketenteraan bagi menguatkuasakan darurat.

Seorang lagi pegawai kerajaan juga dilaporkan telah dihalau dan diarahkan tinggal di sebuah ladang dekat Korea Utara kerana cuba menyembunyikan percutiannya ke China baru-baru ini.

Sumber: Mirror

Sudah menjadi perkara biasa di Korea Utara melaksanakan hukuman sebegini namun tiada lagi kes positif coronavirus yang dilaporkan berlaku di negara itu.

Baca: “No longer welcome in this house” – Wanita Malaysia Yang Menetap Di Perth Kena Halau Tiba-Tiba Sebab Bimbang Ada Coronavirus