“Macam wrestling” – Netizen Geli Hati Tengok Lelaki Ni Cuba Leraikan Pergaduhan Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Stone Cold, The Rock, John Cena adalah beberapa nama besar sukan gusti. Jangan tipu lah korang tak pernah tengok kan. Mesti pernah tertengok sekali dua dekat rumah, ataupun dekat mamak.

Okay kali ni admin nak share pasal satu kejadian gaduh dekat sebuah sekolah ni. Nampak macam bersungguh bergaduh, tapi apa yang menarik perhatian netizen, ada seorang lelaki ni cuba meleraikan pergaduhan tadi tu. Dan yang paling best ialah cara lelaki ni leraikan pergaduhan tadi tu. Korang kena tengok video yang @ejattttttt kongsi ni.

 

Macam wrestling

Siapa lah yang kreatif sangat pegi edit pastu letak lagu John Cena tu. Adoi memang kelakar weh, memang kena dengan situasi tu. Admin rasa orang yang nak leraikan tu mesti tak pernah terlepas game wrestling dekat TV. 

Tak pasal-pasal kena prank. Adoi adik, korang takde benda lain ke nak buat gimik. Kesian dekat pakcik tu, dia dah pendam lama nak join wrestling, dan itu lah peluang dia. Tapi rupa-rupanya gimik je.

Boleh jadi gak weh. Sekali dengan kita yang dok tengok ni pun kena gimik tu. Memang gimik dalam gimik lah jawabnya. 

Ramai netizen terhibur degan gelagat laki tu tadi. Memang epic lah cara dia masuk nak leraikan orang yang bergaduh tu. Admin bagi A+ untuk effort!

 

Baca: “Macam Crows Zero”  – Pergaduhan Pelajar Sekolah Ini Cetus Buah Mulut Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.