in

“Macam tarian b*gel” – Aksi Ghairah Penari Sewaktu Kenduri Kahwin Ahya Rosli Undang Kecaman Netizen

Menari

Majlis perkahwinan adalah satu majlis yang akan diingati sampai bila-bila oleh setiap pasangan. Macam-macam gelagat yang kita akan kenang sampai bila-bila. Apatah lagi bila kita nak tunjuk kepada anak cucu kita di masa hadapan.

Lain pula dengan kenduri kahwin Ahya Rosli ni. Untuk majlis perkahwinannya, dia jemput seorang ‘penari erotik’ untuk membuat persembahan dihadapan orang ramai. Menerusi Twitter @thisisieymanlee, kita dapat lihat aksi ‘penari erotik’ itu dalam satu video yang berdurasi 1 minit 42 saat. Nah, korang tengok dan nilai lah sendiri

Ini bukan budaya kita!

Sepatutnya, kenduri kahwin dipenuhi dengan doa dari tetamu yang hadir yang mendoakan supaya pasangan hidup berkekalan dunia akhirat. Tapi kalau macam ni cara dia, dimanakah keberkatan yang dipinta dari Ilahi?  Screen Shot 2019 04 07 At 1.39.30 PmBukankah lebih elok dan manis kalau dijemput penari tradisional? Kan lebih kena dengan majlis. Kita orang Timur, ini bukan budaya kita. 

Screen Shot 2019 04 07 At 1.38.59 PmHilang keberkatan majlis. Mulanya elok berselawat, tapi end up macam ni. Hmmm

Screen Shot 2019 04 07 At 1.38.32 PmSabar, sabar. Kita jangan emo, cuma teguran itu harus dibuat. 

Screen Shot 2019 04 07 At 1.40.30 PmYa!  Itulah yang cuba disampaikan. Ada orang tua, ada anak-anak. Takkan ini yang kita nak tunjukkan kepada mereka? Dimanakah adab bangsa kita yang penuh sopan-santun?

Screen Shot 2019 04 07 At 1.38.11 PmTerima kasih atas pencerahan yang diberikan. Tak kisahlah siapa punya wedding pun, ini bukan alasan untuk mempamerkan sesuatu yang macam ni. 

 

Biarlah majlis kahwin satu pasangan itu dipenuhi dengan doa yang memohon keberkatan dari yang Esa. Janganlah kita membiasakan diri dengan budaya-budaya pelik sebegini. Tak manis orang tengok dan buat malu keluarga pengantin sahaja. Moga-moga kita dijauhkan dari perkara-perkara sebegini. Insya Allah

 

Baca: “Haa sekali terkangkang terus” – Gimik Pondan Dekat Kenduri Bikin Netizen Pecah PerutPondan