in

“Haa sekali terkangkang terus” – Gimik Pondan Dekat Kenduri Bikin Netizen Pecah Perut

Pondan

Kita biasa ke kenduri kahwin. Tak kisah lah saudara-mara, kawan-kawan atau siapa saja lah. Hari yang indah oleh kedua mempelai itu selalu akan diingati oleh tetamu yagn hadir, tak kurang juga makcik bawang yang sedia membawang lepas majlis tu selesai.

Kali ni, mesti makcik bawang ada benda nak sembang pasal satu kenduri ni. Kenduri kahwin ni di hadiri oleh seorang pondan dan apa yang di buat, memang mencuri perhatian semua. Video berdurasi 30 saat yang dikongsi oleh pemilik akaun Twitter @jijah_alkaff ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Cuba korang tengok apa yang jadi.

Sakit weh…

Memang kelakar apa yang kononnya gimik tapi tak jadi ni. Memang boleh rasa kesakitan yang dia alami. Iyelah, sampai terbalik kerusi ke atas. .  Screen Shot 2019 04 06 At 1.20.48 PmTak tahu lah nak kesian atau apa, tapi memang kelakar weh, kerusi sampai ke atas tu. 

Screen Shot 2019 04 06 At 1.21.14 PmKau kejam dik, kejam. Biar lah sekali tu je dia jatuh. Tapi kami pun tengok berulang-ulang jugak. 

Gelak Terbahak-bahak

Walaupun ada yang kesian atas apa yang berlaku pada mangsa tu, tapi rata-rata netizen lagi terhibur dengan suara si perakam video tu. Sebab dia juga lah kami tengok banyak kali pastu gelak sebab dengar gelak dia. 

Screen Shot 2019 04 06 At 1.20.19 PmHaa gelak bagi habis harini, esok tak payah gelak dah. 

Screen Shot 2019 04 06 At 1.22.08 PmItulah, suara dia lagi buat rasa nak gelak. Dari mula-mula kesian dekat pondan tu, terus hilang rasa kesian tu. Ini semua sebab suara orang tu lah. 

 

Pengajaran yang kita boleh dapat dari kejadian ni ialah, jangan nak melampau-lampau dalam persembahan dekat majlis orang, nanti buat malu ja kalau terjatuh. Tetamu akan lagi ingat kita dari lauk-pauk majlis tu. Lepas tu, kalau kita nak rakam tu, jangan seronok sangat gelak sampai orang lain pun terkesan. Gelak tu boleh, tapi berpada-pada lah. 

 

Baca: [KECOH] Gadis Farmasi Dakwa Dipukul Geng PONDAN Diketuai PA Sajat Di KLCC

Screen Shot 2019 04 06 At 2.07.16 Pm