in

“Macam tak takut mati je!” – Netizen Kecam Elyana Tak Bertaubat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4

Yg Betul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Elyana? Baru-baru ini, setelah lama mendiamkan diri daripada industri hiburan, Elyana tampil sebagai salah seorang peserta dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke-4.


Jika dilihatkan keadaan Elyana berentap saban minggu di pentas Gegar Vaganza, tidak ada sesiapa dapat menyangka bahawa dia sebenarnya sedang berjuang untuk meneruskan hidup.

Malam tadi, Elyana telah tersingkir daripada rancangan tersebut pada minggu kelima selepas membuat persembahan dengan menyanyikan lagu berjudul Sepi.

Selepas diumumkan penyingkirannya, Elyana mengambil keputusan untuk berkongsi dengan peminat bahawa dia kini menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

Menurut Harian Metro, ketika ditemui setelah acara selesai, dia mengakui berasa berhak untuk memberitahu berita itu kepada para peminatnya yang telah menyokongnya selama ini.

Dia mengatakan sudah tiba masanya untuk peminat mengetahui tentang penyakitnya yang telah dihidapi selama tujuh tahun itu.

Sepanjang tujuh tahun saya menghidap kanser, saya cuba mencari cara dan waktu terbaik bagaimana saya mahu memberitahu kepada peminat. Dan saya berasakan apabila saya tersingkir dari GV4, ia adalah satu peluang.”

Elyana juga menjelaskan bahawa dia menghilangkan diri selama ini kerana menjalani rawatan selepas disahkan menghidap kanser.

Sejak itu, netizen pantas meluahkan rasa terkejut mereka kerana Elyana tidak nampak seperti seorang yang sakit. Mereka juga turut memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya terus tabah menghadapi dugaan Tuhan.

P1
sumber: facebook
P2
sumber: facebook

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang tidak sensitif dengan isu ini dan mengecam penampilan Elyana yang dikatakan seperti tidak bersedia untuk menghadap Ilahi.

Antara kecaman yang paling banyak ialah mereka memperlekehkan Elyana kerana tidak memakai tudung dan membuka aurat serta masih terkinja-kinja di atas pentas walaupun menyedari tidak mempunyai masa yang lama di dunia ini. Aduhai! 

1 4
sumber: facebook
3 2
sumber: facebook
6 1
sumber: facebook

Terdapat juga netizen yang mengutuk Elyana akan kelakuannya yang masih teruja dengan perkara yang melalaikan dan kariernya yang tidak mulia itu.

5
sumber: facebook
2 4
sumber: facebook
4 1
sumber: facebook

Harap Elyana tidak menghiraukan komen-komen negatif ini dan terus fokus dalam proses menyembuhkan diri. Netizen sepatutnya menahan diri daripada menulis komen-komen seperti ini dan tidak melulu dalam memberi nasihat. Walaupun anda berniat baik, ubahlah cara penyampaian dengan lebih berhemah. 

Hormatilah pesakit seperti Elyana yang sepatutnya mengelak tekanan akibat cemuhan netizen semua. Apa-apapun, semoga Elyana dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Korang ni pun, kalau nak tegur tu pun berpada-pada la sikit. Dia tu sakit. Bayangkan perasaan Elyana kalau dia baca komen-komen korang tu. Sian dia!

Baca: “Seksinya Hajah!” – Netizen Tegur Tudung Neelofa Makin Singkat, Tak Jaga Imej Sebagai Ikon Muslimah

El

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.