in

“Pandai pulak cari kereta mewah” – [VIDEO] Lelaki Dilanggar Kereta Lepas Terjatuh Masa Cuba Lintas Jalan, Tapi Netizen Tak Percaya?

Collage

AMARAN: Artikel ini mengandungi video dan gambar yang mungkin sensitif bagi sesetengah pihak.

Semalam, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun cedera selepas dia dilanggar oleh sebuah kereta jenis BMW semasa cuba melintas di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Menurut NST, lelaki tersebut yang cuba melintasi jalan sibuk pada jam 11 pagi itu dikatakan telah hilang kestabilan sebelum jatuh tersungkur ke atas jalan.

Kereta BMW yang sedang berada di lorong laju itu tak sempat berhenti dan melanggar lelaki tersebut.

Screenshot 2021 03 19 At 1.43.38 Pm

Insiden ini telah sempat dirakam oleh dashcam pemandu di lorong bertentangan dan dalam video tu, korang boleh tengok lelaki ni berdiri di divider tengah jalan dan cuba untuk lintas sebelum terjatuh dan dilanggar.

Mangsa tersebut mujurnya selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di lengan, siku dan lebam di dahi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bandar Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu BMW berusia 55 tahun itu telah pun membuat laporan polis pada jam 3 petang semalam.

Screenshot 2021 03 19 At 1.43.54 Pm

Siasatan awal mendapati pemandu tersebut tak sempat nak berhenti ekoran jarak di antara mangsa dan kereta. Selepas pelanggaran itu, pemandu keluar kereta dan bergegas membawa mangsa yang cedera ke Hospital Kuala Lumpur.

Mangsa telah di bawa ke bahagian kecemasan hospital dan diberikan rawatan pesakit luar di zon hijau sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama.

Cubaan bunuh diri atau terjatuh?Kejadian semalam di Jalan Maharajalela, KL.

Posted by Pen Hitam on Thursday, March 18, 2021

Untuk pengetahuan korang, video insiden ini telah pun tular di media sosial. Bagaimanapun, ramai netizen merasakan yang mangsa sengaja menjatuhkan dirinya seperti cuba untuk bunuh diri namun ada juga yang mengatakan ini adalah taktik untuk mendapatkan wang.

Screenshot 2021 03 19 At 1.41.27 Pm Down

Korang yang dah tengok video rasa macam mana?

 

Baca: Lelaki Hantar Pulang Mayat GF Lepas Kemalangan Langgar Kerbau Pukul 3 Pagi Waktu PKP, Didenda RM1,000

Screenshot 2021 03 19 At 1.49.11 Pm