in

Lelaki Hantar Pulang Mayat GF Lepas Kemalangan Langgar Kerbau Pukul 3 Pagi Waktu PKP, Didenda RM1,000

Ft Langgarpkp

Seorang remaja lelaki didenda RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas. Mahkamah Tinggi Kuantan telah menaikkan denda tersebut yang pada asalnya adalah RM100.

Menurut MalaysiaGazette, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap denda RM100 yang dikenakan terhadap remaja berusia 17 tahun itu oleh Mahkamah Majistret Rompin pada 16 Julai 2020, selepas lelaki itu mengaku bersalah melanggar PKP dengan berada di luar rumah pada jam 3.15 pagi, 12 April tahun lalu.

Mahkamah

Peguam Hazwan Hamdan yang mewakili remaja itu memberitahu media,

“Mahkamah berpandangan jumlah denda perlu dinaikkan kepada RM1,000 seperti di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 atau ia akan menjadi rujukan oleh pihak lain bagi mendapatkan denda lebih rendah pada masa akan datang.”

Hakim turut memerintahkan remaja itu menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal menjelaskan denda itu namun difahamkan abang remaja terbabit telah pun berbuat sedemikian.

 

Keluar ‘dating’, kemalangan & hantar pulang mayat GF

Remaja itu dilaporkan melanggar PKP dengan keluar rumah bersama teman wanitanya berusia 17 tahun sebelum terlibat dalam kemalangan dengan kerbau di depan sebuah kilang sawit dekat Felda Keratong 3.

Akibat daripada kemalangan itu, teman wanitanya yang cedera parah di kepala dan paha meninggal dunia di tempat kejadian. Remaja tersebut kemudian membonceng mayat gadis itu sejauh 15 kilometer untuk dihantar pulang. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun berkata, apabila sampai di rumah keluarga gadis itu di Felda Keratong 10, dia meninggalkan mayat mangsa di garaj.

Mayat2

Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kejadian berkenaan kerana terlalu takut sebelum terus beredar selepas kejadian.”

Kira-kira jam 10 pagi, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.”

Difahamkan, remaja lelaki itu dan keluarganya telah berjumpa dengan keluarga remaja wanita berkenaan untuk memohon maaf terhadap kejadian yang berlaku.

Baca: “Dia bonceng mayat 15km” – Lepas Kemalangan Langgar Kerbau Pukul 3.30 Pagi, Remaja ‘Hantar’ Mayat GF Depan Rumah

Bonceng Mayat

Sumber: Harian Metro