in

“Macam Ps I Love You” – Suami Buat Kejutan Bagi Isteri Bunga Setiap Kali Birthday & Anniversary Lepas Meninggal

Heartbreakingft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti pernah menangis tengok movie P.S. I Love You kan? Biasalah dalam movie semua benda memang sweet terlebih.


Tapi siapa sangka benda ni boleh jadi realiti?

Baru-baru ni, seorang wanita Aly Mendoza telah kongsikan di media sosial tentang e-mel yang dia terima dari bapanya yang telah pun meninggal dunia 10 bulan lepas.

Pada mulanya, wanita ni rasa teragak-agak nak buka e-mel tersebut, mana taknya bapanya dah meninggal dan tiba-tiba dia dapat e-mel takkan tak terkejut kan?

Selepas dua hari berfikir, Aly akhirnya buka e-mel tersebut. Mengejutkan, dalam e-mel tersebut, bapanya memberikan beberapa arahan kepadanya.

Facebook1

Rupa-rupanya, 10 bulan lalu, bapa Aly telah merancang hari istimewa untuk ibunya tanpa pengetahuan sesiapa. Malah, lelaki ini dah pun bayar bunga untuk dikirimkan pada isterinya setiap kali hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan Valentine’s Day pada tahun-tahun kehadapan. Seriouslahhh!

Facebook3

Daddy dah suruh orang dekat kedai bunga untuk contact Aly setiap 10 Jun, Valentine’s Day dan 19 Ogos untuk tahun-tahun yang akan datang so that dia boleh hantar bunga yang Daddy dah bayar dekat Mummy.”

Facebook4

Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga turut hantar surat kepada isterinya bagi menceriakan isterinya itu di atas pemergiannya dan Aly perlu beri surat tersebut pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 tahun ini.

Mengikut arahan dari bapanya, Aly kemudiannya mengejutkan ibunya dengan parti ulang tahun perkahwinan yang telah dirancang oleh bapanya dan bila wanita ini terima bunga dari arwah suaminya, dia tak dapat menahan sebak. Korang tengok je lah video dekat bawah ni.

Posted by Aly Mendoza on Selasa, 9 Jun 2020

 

Kisah yang telah viral di media sosial ni telah menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya sebak dengan komitmen yang dilakukan oleh bapa Aly dan cintanya kepada isterinya.

 

Baca: “Terbukak pintu syurga dia weh” – Netizen Sebak Lihat Anak Buat Kejutan, Hadiahkan Dompet Bonia Yang Diidamkan Mak

Screenshot 2020 06 15 At 5.15.00 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.