in

“Macam kau sorang nak pakai duit” – Muat Naik Status Minta Bayar Hutang, Lelaki Kena Marah Balik Dengan Penghutang Sebab ‘Memerli’?

Hutang Tu Bayarlah Wei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sudah pandai meminjam, kena pandailah juga membayar atau memulangkan semula apa yang dipinjam tepat pada waktunya.


Tetapi bagaikan sudah lumrah, si peminjam atau penghutang ni boleh buat derk je bab duit yang mereka ambil sampaikan si pemiutang ni kena pulak mengemis demi nak mendapatkan duit tu semula.

 

“Wei aku dah miskin tapi 28-30 nak bercuti… Aku nak pakai duit je tu yang aku mengemis” 

Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, individu ni katanya telah memuat naik status di WhatsApp yang meminta kawan-kawannya untuk melangsaikan hutang yang tertunggak kerana dia nak gunakan duit tu untuk pergi bercuti tak lama lagi.

Pakai Duit 1

Eow64 Gu4Aa Xum
sumber: twitter

Tapi agak menyedihkan jugalah bila dia terima WhatsApp dari seorang kawan yang marah akan tindakannya ‘memerli dan mengemis’ di status WhatsApp demi meminta bayaran hutang. Padahal hutangnya RM10 je, tapi liat sungguh nak bayar! 

Eow65Wuvaaavkmk
sumber: twitter

 

“Dah berhutang tak tahu malu tak bayar lepastu nak sound orang, b*doh bukan main”

Posting ni mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata tak puas hati dengan sikap penghutang tersebut. Sudahlah dia lambat bayar hutang, lepas tu boleh pulak dia sound si pemiutang. Haih tak paham admin perangai orang macam ni. 

Duit
sumber: twitter

 

Ramai yang dah terkena, liat nak bayar hutang 

Selain daripada mengecam perangai si penghutang, netizen juga berkongsi masalah yang sama mereka hadapi dengan geng yang liat nak bayar hutang ni. Antaranya macam kat bawah.

Bayorlah Hutang

Eoadn6 Uyaaplpv

Eoy7Ruru8Aaaoll

Eoy7Rucvuaihdyo
sumber: twitter

Hmm admin pun tak tahu nak cakap apa lah dengan orang jenis macam ni. Jangan sampai bab hutang ni dibawa hingga ke akhirat pulak. Berat timbangan dosa tu. 

Baca: “RM 5,000 kebawah je ye” – Lelaki Ini Ajar Macam Mana Nak Heret Member Liat Bayar Hutang Masuk Mahkamah

Beri Utang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.