in

“RM 5,000 kebawah je ye” – Lelaki Ini Ajar Macam Mana Nak Heret Member Liat Bayar Hutang Masuk Mahkamah

Pinjamduit2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat ni dah balik nak tolong kawan, tapi bila smapai masa, boleh pula dia buat kita ni yang macam peminta sedekah. Lain orang, lain ragamnya, masa nak pinjam macam-macam dia cakap, janji berbunga-bunga tapi..Hurmm.


Kalau nak dibuat laporan polis dan bawa hal ni pun, berapa sen sangat lah yang dia pinjam tu kan? Tapi, berapa sen sangat tu pun, duit tetap duit, kalau member pinjam RM 200 je pun korang sebenarnya boleh heret dia ke muka pengadilan tau!

Cara ini seorang pengguna Facebook sendiri dah cuba buat dah!

 

Tanpa perlu hire peguam, caj RM 20 je!

79739668 2575760682661401 6893069339214217216 O
Sumber : facebook

Ketika perkongsian daripada Doc Ensem dikongsikan semula dalam page Penang Kini baru tahu yang kita masih ada harapan nak tuntut hutang daripada kawan yang liat nak bayar semula.

Kalau si penghutang tu jenis tak bayar sampai setahun, korang boleh bawa hal ini dekat mahkamah sivil. Lepastu dengan kuasa undang-undang ni korang boleh paksa dia bayar dalam masa 30 hari bermula pada hari sesi penghakiman tu.

Cara dia senang je, korang tak perlu hire peguam untuk buat hal ni, hanya pergi ke Mahkamah Sivil dan cakap nak buka fail tuntutan kecil. Caj yang dikenakan RM 20 je tau! Tapi kena lampirkan sekali fakta pinjaman yang diberi.

Make sure pinjaman tu RM 5,000 kebawah je tau! Kalau lebih dah dikira bukan tuntan kecil lagi. Korang boleh baca perkongsian dia ni.

Penang
Sumber : facebook

Nampak tu dia siap boleh kena waran tangkap lagi. Kalau member korang jenis ejek korang balik “ala rm 500 je pun nak berkira”, korang heret je kat sini.

RM 500 tu banyak ya untuk rakyat marhaen macam kita ni. Sekarang ni duit cuma tunggu dipulangkan je, kalau tak dia boleh buat susulan seperti mana yang di paparkan dalam perkongisan tadi.

 

Baca : “You ada duit but simpan untuk bola” – Instafamous Meroyan Bila Cubaan Nak ‘Mengemis’ Pinjam Duit Gagal

Pinjamduit

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.