in

“Macam aku baii…” – Netizen Terhibur Dengan Komen Sharifah Sakinah Dekat Gambar Selfie Kakak KimK Ni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Netizen semua sedia maklum tentang perangai sempoi dan ‘gila gila’ Sharifah Sakinah. Terbaru, satu posting dekat Twitter pasal pelakon Bini Aku Dari Neraka tu viral lepas dimuat naik seorang gadis.


Tweet tu tunjuk dua gambar dari screenshots di IG post selebriti antarabangsa, Kourtney Kardashian. Bagi yang tak tahu, Kourtney adalah kakak kepada Kim Kardashian. Mereka popular dengan rancangan realiti Keeping Up With Kardashians.

Sumber: Armstrong

So, Kourtney ada post satu selfie dalam helikopter baru-baru ni. Screenshot tu tunjuk yang Sharifah Sakinah komen dekat gambar Kourtney and cakap yang dia terkejut sebab tengok muka sendiri. Kiranya dia nak cakap muka dorang berdua sama lah… 

View this post on Instagram

If he hit it right … 🚁

A post shared by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) on

Tapi, cara Kina takdelah rude ke apa, dia melawak dengan cara sempoi dan netizen semua terhibur dengan apa yang dia buat. Komen dia pun dapat lebih 400 likes daripada rakyat Malaysia ni.

Macam aku baii. Aku ingat aku tadi.”

Sumber: Twitter

Posting tu sampai sekarang dah ada lebih 16,200 retweets dan ramai warga Twitter yang terhibur tak lepaskan peluang untuk komen dekat thread tweet tu.

Kebanyakannya setuju muka Kina dan Kourtney memang seiras. Ada yang siap tersilap dan sangka Kina komen dekat gambar sendiri. Rupanya bukan gambar Kina!

Sumber: Twitter

Kina sememangnya sangat dikenali dengan perangai ‘tingtong’ dia yang selalu menghiburkan ramai orang. Sebelum ni, macam macam benda dia pernah buat yang mencuit hati netizen. Dia pernah troll artis lain (ehem korang tahu kan) and pernah juga viral video tunjuk dia lambai dekat kamera masa wartawan interview orang lain.

Tapi paling best is watak lakonan dia dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka dan Bini Aku Dari Neraka. Admin suka lawak lawak dalam drama tu dan memang Kina berjaya la deliver watak tu sehabis baik!

Kina ni memang happy go lucky kan! Untung kawan and family, confirm tak kering gusi dibuatnya dengan perangai dia…

Baca: “She’s funny and so honest!” – ‘Pengakuan’ Sharifah Sakinah Curi Perhatian Peminat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.