Sejak pengumuman keputusan akhir terhadap suspek arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain itu dibuat, kemarahan netizen kembali membuak-buak terhadap suspek yang dilihat muka macam tak ada rasa bersalah.
Apa membuat netizen bertambah marah lagi sapabila gambaran kesan melecur pada badan arwah kembali tular.
Masa diorang buat macam ni kat arwah, diorang kena rasuk ke macam mana?”
Seriously tho, masa diorang buat macam ni kat arwah, diorang kena rasuk ke macam mana? Takkan takda belas kasihan langsung? Even yang tengok pun takkan takda yang menghalang sebab kesian? Kalau tak kena rasuk mesti gila takda otak diorang ni. https://t.co/V3j21Lgl3x
— Muhammad Akbar (@akbarazman) July 8, 2019
Seramai hampir 19,000 netizen yang retweet kemarahan Muhammad Akhbar turut merasakan perkara yang sama termasuklah Naqiudin Zakaria.
Perhatian netizen beralih tumpuan kepada tweet nya kerana dia berkongsikan sedikit info untuk menyokong kata-kata Akhbar yang menganggap si pelaku itu macam orang kena rasuk masa seksa arwah.
Disebabkan itu Naqiudin mengaitkan perangai si pelaku ini dengan satu kisah yang berlaku pada tahun 1971. Lucifer Effect, satu eksperimen yang dijalankan oleh Philip Zimbardo, seorang psychologist pernah membuat eksperimen di penjara Stanford untuk mengkaji “bagaimana seorang yang baik mampu menjadi jahat”.
Thread yang meraih lebih daripada 15,000 ini menceritakan selanjutnya terhadap Lucifer Effect ini.
Lucifer Effect: Eksperimen diberhentikan pada hari ke 6 sebab peserta mula hilang sifat kemanusiaan.
Gunakan lelaki normal, untuk hidup di penjara selama 2 minggu
Bahagikan jadi pengawal & banduan. Siapa yang dipilih jadi banduan tu kena layan seakan-akan banduan betul
Pengawal kena bertugas selama 24 jam. Setiap sorang kerja shift 8 jam. Lepas habis shift. Hidup macam biasa.
Diberi Complete Control
Hari Pertama Eksperimen : Banduan kena ragging
Hari kedua eksperimen : Banduan mula tak puas hati
Tindakan pengawal, sembur dengan fire extinguiser, bogelkan banduan. Katil kena rampas
Kemudian, pengawal jadi lebih kejam. Seksa banduan ‘kaw2’ dan rasa tak bersalah.
Seksaan makin teruk, masa bosan pengawal hukum banduan dengan aksi-aksi lucah
Philip? Rasa seronok, tak sedar kelakukan melangkaui batasan, sampailah…
GF Philip sedarkan yang perbuatan mereka melampau, Philip macam baru sedar dari kena pukau. Terus hentikan eksperimen tersebut. Inilah Lucifer Effect
Si pesalah sedang khayal dalam keseronokkan melakukan kejahatan.
Philip Zimbardo
Ada kait mengait juga lah kes ni, mungkin suspek masih seronok sangat kerjakan orang baru sampai lupa yang dia dah menzalimi orang.