in

“Muka mcm takde rasa bersalah” – Netizen Bengang Tengok Muka ‘Pembunuh Seterika’ Gelak-gelak Keluar Mahkamah

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum dah pun mengetahui yang 31 Julai ini merupakan keputusan akhir bagi kes Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dipercayai didera rakan universitinya dengan menekap seterika wap sebanyak 90 tekapan pada badan mangsa.


Menurut Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, 90 tekapan itu menyebabkan kecederaan sehingga 80 peratus pada badan mangsa.

Malah saksi mata, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah mengatakan mereka melihat keenam-enam tertuduh memukul dan menekap seterika wap ke badan mangsa.

Zulfarhan Osman Fb 160818
Sumber: free malaysia today

Tidak kisah giliran siapa (yang menekap) tetapi tertuduh buat seperti yang disebut dalam keterangan saksi. Pembabitan tu ada.”

Manakala peguam bela, Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh pertama Muhammad Akmal berkata kematian Zulfarhan adalah disebabkan faktor luaran.

“Pada awal rawatan, Zulfarhan berada dalam keadaan baik tetapi mangsa kritikal selepas bertukar ubat.”

Keenam-enam tertuduh yang berusia 23 tahun ini didakwa di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Biar dorang tahu betapa bencinya rakyat Malaysia dengan kau”

Ekoran dari debaran rakyat Malaysia yang menunggu keputusan akhir pendakwaan kes Zulfarhan ini, netizen yang rata-ratanya mahukan keadilan untuk Zulfarhan mengharapkan keenam-enam suspek ini dijatuhkan hukuman mati.

Screenshot 2019 07 09 At 4.09.06 Pm Screenshot 2019 07 09 At 4.09.28 Pm

Bukan tu je, seorang pengguna Twitter turut kongsikan video dari highlight Instagram adik arwah Zulfarhan yang menunjukkan keenam-enam suspek ni keluar dari mahkamah siap gelak-gelak dan senyum macam takde rasa bersalah.

Screenshot 2019 07 09 At 4.14.06 Pm Screenshot 2019 07 09 At 4.14.24 Pm

Apa-apa pun, kita doakanlah supaya kemenangan dan keadilan jatuh kepada pihak yang benar. Amin.

 

Baca: Sayu! Saksi Lakon Semula Adegan Zulfarhan Ditekap Seterika

Screenshot 2019 07 09 At 4.20.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.