in

Luah Mahu Pergi Ke Afghanistan, Zuraida Nak Bimbing Taliban Perkasa Hak Wanita

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin meluahkan hasrat beliau untuk ke Afghanistan demi membimbing kerajaan baharu Taliban serta rakyatnya dari segi pembangunan dan pemerkasaan wanita.

Jelas beliau, banyak yang Taliban dapat pelajari dari Malaysia, seperti mengoptimumkan peranan wanita dalam politik, pendidikan, ekonomi dan masyarakat.


2 7

Zuraida turut menggesa negara Islam yang lain untuk menghantar wakil pemimpin wanita mereka ke Afghanistan bagi membantu agenda pemerkasaan wanita.

Beliau turut tidak menafikan, pentadbiran Taliban pada 20 tahun lalu bersifat jumud dan menolak sebarang bentuk kemajuan, terutamanya dalam aspek pembangunan dan pemerkasaan wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Apabila sesuatu negara itu dipegang dengan ideologi yang terlalu ekstrem, masyarakat dunia perlu bertanggungjawab dalam memastikan nasib golongan wanita dan kanak-kanak perempuan terbela”

1 8

Sebelum ini, Zuraida pernah turut serta dalam misi bantuan ke negara itu pada tahun 2002. Jelas beliau, ketika itu wanita dan kanak-kanak dianggap sebagai rakyat kelas kedua kerana hak mereka sering dinafikan pemerintah.

“Ketika ini, masyarakat dunia perlu segera memerhatikan perkembangan yang berlaku di Afghanistan”

Untuk rekod, pada awal minggu ini Taliban telah mengisytiharkan berjaya menawan seluruh Afghanistan selepas memasuki Istana Presiden di Kabul.

 

Sumber: MalayMail, FreeMalaysiaToday

BACA: Taliban 2.0 Janji Tak Akan Balas Dendam & Akan Benarkan Wanita Bekerja Mengikut Syariah IslamCapture 8

Sumber: MalayMail
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.