in

Taliban 2.0 Janji Tak Akan Balas Dendam & Akan Benarkan Wanita Bekerja Mengikut Syariah Islam

Collage 28

Selepas 21 tahun pemerintahan Taliban dilumpuhkan, kumpulan pemberontak ini sekali lagi mengambil alih Afghanistan selepas berjaya menakluki majoriti ibu kota di sana.

Dengan sejarah pimpinan yang sangat tegas, puluhan ribu rakyat Afghanistan telah cuba larikan diri dari tempat tinggal mereka untuk mencari perlindungan di negara lain sehinggakan sanggup bergadai nyawa berpaut pada sayap kapal terbang.

Tak akan balas dendam

Jurucakap bagi Taliban, Zabihullah Mujahid semalam memberitahu media bahawa rejim baru kumpulannya ini berbeza secara positif kalau dibandingkan dengan cara mereka pada tahun 1996-2001, lapor NST.

Taliban Takkan Balas Dendam

Dua dekad lalu, pasukan pemberontak ini terkenal dengan menghukum wanita dengan cara rejam sampai mati serta melarang wanita dari bekerja dan menerima pendidikan.

Kalau tanya tentang perubahan ideologi dan kepercayaan, masih lagi tak berubah tapi jika kita kira berdasarkan pengalaman, kematangan dan pandangan tak mustahil banyak yang berubah.”

Zabihullah turut memberitahu yang pihaknya juga berjanji tak akan membalas dendam terhadap orang-orang yang membangkang pergerakan mereka ini.

Semua orang yang berpihak kepada pihak lawan akan diampunkan dari A hingga Z. Kami tak akan balas dendam.”

Selain itu, Zabihullah turut mengatakan yang pihaknya komited untuk membenarkan wanita bekerja selagi ia mematuhi syariah Islam.

58878061 401

Manakala jurucakap Taliban di Doha, Suhail Shaheen memberitahu, wanita juga tak perlu memakai burqa penuh dan boleh keluar berseorangan tetapi perlu memakai tudung.

Selepas Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ahad lalu, beberapa kedai di Kabul telah pun mula dibuka semalam namun rakyat di sana masih berhati-hati dan wanita juga dilihat berkurangan di jalanan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price mengatakan yang pihaknya akan pastikan Taliban pegang kepada janji mereka.

Kalau Taliban kata dorang akan hormat hak rakyat di sana, kami akan pastikan mereka penuhi kenyataan mereka.”

 

Baca: [VIDEO] Taliban Kembali Kuasai Afghanistan, Ramai Cuba Lari Sampai Sanggup Berpaut Pada Sayap Kapal Terbang?

Collage 24

Sumber: NST
Sumber: DW